Semalam aku sibuk dengan paper work di office di selangi dengan aktiviti berinternet aku, well as usual aku akan buka:
- blog aku ini,
- guys4men,
- myspace,
- yahoo mail,
- blog google
Kerah otak punya kerah akhirnya aku berjaya menyiapkan 5 proposal (quotation), then bergegas ke pejabat client nak submit, masa tu dah jam 2:45ptg akhirnya aku sempat sampai dan kebetulan dia plak busy, so duk borak-borak ngan client tu before dia start nak discuss pasal proposal aku tu, well apa lagi pricing la concern depa.
Abes berbincang aku pun drive balik ke rumah, kuar dari pejabat client tu secara tiba-tiba aku rasa jiwa aku kosong, sayu, lonely, sedih pun ada, sampai aku rasa jiwa aku menangis tak tahu pasal apa. Aku masuk kereta, start enjin and drive very la the slow motion, aku tak pasang radio langsung pun walaupun CD lagu kegemaran aku ada dalam player tu nyanyian si Marcell.
Aku park kat stesen minyak Petronas ketika tu jam 4:45ptg dan hujan memang selebat-lebatnya di kawasan Subang tu, aku matikan enjin kereta dan main game kat PDA kejap, lepas tu aku rasa nak tertidur dan akhirnya aku berjaya melelapkan mata.
ZzzZZZZzzzzzzzzzzzZZZzzzzzzzzzz………….
Aku tersedar ada bunyi sms, masa tu jam pukul 6 petang…aiyohhh lamanya tido, sure aku memang down gielr time tu, ujan masih rintik-rintik. Well aku buka sms tu rupanya msg si Ezmil tanya aktiviti Pangkor macam mana, aku blur lagi……mamat sorang tu pun banyak problem so dia decide nak ke Pangkor untuk release tension, well nanti la i’ll think about it not now….
Aku drive nak balik rumah tapi pasal aku secara tiba-tiba ter-emo so patah balik ke Summit USJ tengok wayang, tah citer apa tajuk dia FLOOD. Tak ramai yang tengok movie tu boleh bilang dengan jari.
Pasal apa aku down tetiba ni:
1. Parent
Aku memikirkan parent aku yang memang dah kacau dari dulu lagi, bapa aku kawen lain di sempadan so mak aku memang sedih giler, walaupun bapak aku masih lagi tido umah tapi yelah, sumer dah berkurangan dari nafkah hinggalah perasaan mak aku. Bila dia ada memang la mcam biasa tapi aku tahu isi hati my mum, kini aku sendiri support dia orang sikit.
2. Pakcik-pakcik aku
2 orang pakcik aku kini kat ICU, aku tak pasti macam mana keadaan dia orang, yang sorang baru lepas operate dan sorang lagi aku call banyak kali tak angkat-angkat. Apa jadi ngan dia orang tu.
3. Izwin (my ex GF)
Ermmm korang pasti terkedu dengar aku pernah ada GF, yes ada masa dulu di IPTA dan zaman memula melangkah ke alah kerjaya. Aku memang PLU masa kenal dia namun aku masih ada rasa mahu menjadi normal seperti lelaki lain pada zahirnya. Namun hasrat aku terkandas di tengah jalan, mungkin salah aku juga pasal kami stop berhubung few month pasal aku terpaksa tumpukan pada hal keluarga aku yang hampir bercerai-berai.
Dia memang cantik dan ramai tergilakan dia, aku sanggup bawak dia ikut berniaga namun rupanya dia sudah ada pilihan lain, maybe juga mak dia yang pilih, pasal nak tutup perebutan awek ni dengan lelaki-lelaki dalam opis mak dia dan juga antara pemegang saham syarikat mak dia, dari ustaz hingga laki orang sumer nak kat budak ni. Lagi satu aku tengok bakal laki dia ni macam dari golongan orang-orang kaya di Johor, so aku faham la aku ni sapa, harta pun tak de…..well kini aku semacam fobia nak ada GF pertama pengalaman aku dengan awek ni dan kedua pasal my parent. Aku takut aku jadi seperti my dad dan aku takut mak aku terabai bila aku kawen nanti…..harap mum faham
4. Ryan
Aku dah lama tak contact adik ni tp aku harap dia belajar dengan baik dan rajin moga dapat result yang bagus, semalam aku nampak dia dan register semula G4M dan aku harap jangan terlalu leka dengan G4M pasal pada aku semua yang kat situ susah nak cari pendapat yang jujur, ada memang ada tapi sumetmes advice yang dia orang beri tu memain.
5. Berd
Aku tahu masa kita bersama dulu kamu memang ada berjumpa dan ada hati dengan sumeone bernama Adam, dun worry I can sense that just aku bersabar sahaja. Ini sume bermula dengan penyertaan kamu di Gym KLCC, aku dah bagi tahu jangan pi Gym KLCC jauh dari rumah, awak tu stay di Shah ALam, joint saja di Subang Summit USJ dekat. Tapi teguran aku tidak di endahkan, dan akhirnya aku dapat tahu dia berjumpa dengan seorang jejaka bernama Adam, maybe dia lebih baik pasal dia pilot and he can give him any thing that he want berbanding aku sumer kene sekat-sekat.
Aku breakoff few times ngan Berd one of it because Adam, aku tak terus agi tahu dia la puncanya pasal no point to aguee things already happend. Well aku banyak gak mata-mata dan informer. Aku pernah juga terbaca sms dari budak tu di handphone Berd mengatakan dia antar Berd di KL Sentral dan rasa rindu bila berpisah di situ and wat so ever…well i reserve my comment. Bila di tanya Berd keep saying that Adam is straight guy dan tak suka PLU, then perlu ka sms gitu kalu lelaki lurus…well reserve my comment again
Semalam aku dapat few info lagi yang mengukuhkan dia mmg bersama Adam dan sebenarnya aku tak kisah dah cuma aku rasa macam tertipu selama aku bersama dia, dia ada hati aku rasa ngan budak tu tapi disebabkan aku ada so dia serba salah. Well aku already decide walaupun berat dan nampak macam aku yang salah…..i let him go untuk kebaikan dia
6. Budak Sgpore yg kaki saiko
Aku sedih gak ada sorang budak ni yang aku kenal 2 bulan bersama kini tak lagi bersama selalu publish dan megata aku yang buruk-buruk di laman blog dia, aku memang bodoh tidak melawan pasal pada aku no pint to arguee, hanya aku yang tahu apa aku buat, apa aku hadapi dan apa matlamat aku. To budak sgpore yes….if u saying that im asshole up to you……suite ur self ok
Malam tu aku sampai rumah jam 10 malam dan aku telefon Addy, aku rindu ngan dia….he is the one yang aku ada dapat menghiburkan hati aku yang menagis ini, Ezmil plak aku terpaksa berlakon depan dia pasal dia pun ada masalah, aku tak mahu menambah masalah dia ngan masalah aku…
Malam tu aku tido awal lepas call Addy