Update Info – 27 March 2008
21 03 2008
Sorry, it is quite long time I didn’t update this blog, so guys….hope enjoy the new things here.
- Titian hidup ini…Nasihat buat abg abg
- The Gay Kama Sutra – How To
- The Gay Kama Sutra – Sex & Relationship
- The Gay Kama Sutra – Sex Props
- The Gay Kama Sutra – Things To Know
- Keputusan yang berat untuk di ambil – what choice do i have?
Happy reading and downloading
Confuse Guy
Kuala Lumpur
Comments : Leave a Comment »
Categories : PLU Life
Potret Lelaki Bersama Lelaki
18 03 2008Comments : Leave a Comment »
Categories : PLU Life, Travelling
PLU Life – 12 March 2008
13 03 2008Semalam aku sibuk dengan paper work di office di selangi dengan aktiviti berinternet aku, well as usual aku akan buka:
- blog aku ini,
- guys4men,
- myspace,
- yahoo mail,
- blog google
Kerah otak punya kerah akhirnya aku berjaya menyiapkan 5 proposal (quotation), then bergegas ke pejabat client nak submit, masa tu dah jam 2:45ptg akhirnya aku sempat sampai dan kebetulan dia plak busy, so duk borak-borak ngan client tu before dia start nak discuss pasal proposal aku tu, well apa lagi pricing la concern depa.
Abes berbincang aku pun drive balik ke rumah, kuar dari pejabat client tu secara tiba-tiba aku rasa jiwa aku kosong, sayu, lonely, sedih pun ada, sampai aku rasa jiwa aku menangis tak tahu pasal apa. Aku masuk kereta, start enjin and drive very la the slow motion, aku tak pasang radio langsung pun walaupun CD lagu kegemaran aku ada dalam player tu nyanyian si Marcell.
Aku park kat stesen minyak Petronas ketika tu jam 4:45ptg dan hujan memang selebat-lebatnya di kawasan Subang tu, aku matikan enjin kereta dan main game kat PDA kejap, lepas tu aku rasa nak tertidur dan akhirnya aku berjaya melelapkan mata.
ZzzZZZZzzzzzzzzzzzZZZzzzzzzzzzz………….
Aku tersedar ada bunyi sms, masa tu jam pukul 6 petang…aiyohhh lamanya tido, sure aku memang down gielr time tu, ujan masih rintik-rintik. Well aku buka sms tu rupanya msg si Ezmil tanya aktiviti Pangkor macam mana, aku blur lagi……mamat sorang tu pun banyak problem so dia decide nak ke Pangkor untuk release tension, well nanti la i’ll think about it not now….
Aku drive nak balik rumah tapi pasal aku secara tiba-tiba ter-emo so patah balik ke Summit USJ tengok wayang, tah citer apa tajuk dia FLOOD. Tak ramai yang tengok movie tu boleh bilang dengan jari.
Pasal apa aku down tetiba ni:
1. Parent
Aku memikirkan parent aku yang memang dah kacau dari dulu lagi, bapa aku kawen lain di sempadan so mak aku memang sedih giler, walaupun bapak aku masih lagi tido umah tapi yelah, sumer dah berkurangan dari nafkah hinggalah perasaan mak aku. Bila dia ada memang la mcam biasa tapi aku tahu isi hati my mum, kini aku sendiri support dia orang sikit.
2. Pakcik-pakcik aku
2 orang pakcik aku kini kat ICU, aku tak pasti macam mana keadaan dia orang, yang sorang baru lepas operate dan sorang lagi aku call banyak kali tak angkat-angkat. Apa jadi ngan dia orang tu.
3. Izwin (my ex GF)
Ermmm korang pasti terkedu dengar aku pernah ada GF, yes ada masa dulu di IPTA dan zaman memula melangkah ke alah kerjaya. Aku memang PLU masa kenal dia namun aku masih ada rasa mahu menjadi normal seperti lelaki lain pada zahirnya. Namun hasrat aku terkandas di tengah jalan, mungkin salah aku juga pasal kami stop berhubung few month pasal aku terpaksa tumpukan pada hal keluarga aku yang hampir bercerai-berai.
Dia memang cantik dan ramai tergilakan dia, aku sanggup bawak dia ikut berniaga namun rupanya dia sudah ada pilihan lain, maybe juga mak dia yang pilih, pasal nak tutup perebutan awek ni dengan lelaki-lelaki dalam opis mak dia dan juga antara pemegang saham syarikat mak dia, dari ustaz hingga laki orang sumer nak kat budak ni. Lagi satu aku tengok bakal laki dia ni macam dari golongan orang-orang kaya di Johor, so aku faham la aku ni sapa, harta pun tak de…..well kini aku semacam fobia nak ada GF pertama pengalaman aku dengan awek ni dan kedua pasal my parent. Aku takut aku jadi seperti my dad dan aku takut mak aku terabai bila aku kawen nanti…..harap mum faham
4. Ryan
Aku dah lama tak contact adik ni tp aku harap dia belajar dengan baik dan rajin moga dapat result yang bagus, semalam aku nampak dia dan register semula G4M dan aku harap jangan terlalu leka dengan G4M pasal pada aku semua yang kat situ susah nak cari pendapat yang jujur, ada memang ada tapi sumetmes advice yang dia orang beri tu memain.
5. Berd
Aku tahu masa kita bersama dulu kamu memang ada berjumpa dan ada hati dengan sumeone bernama Adam, dun worry I can sense that just aku bersabar sahaja. Ini sume bermula dengan penyertaan kamu di Gym KLCC, aku dah bagi tahu jangan pi Gym KLCC jauh dari rumah, awak tu stay di Shah ALam, joint saja di Subang Summit USJ dekat. Tapi teguran aku tidak di endahkan, dan akhirnya aku dapat tahu dia berjumpa dengan seorang jejaka bernama Adam, maybe dia lebih baik pasal dia pilot and he can give him any thing that he want berbanding aku sumer kene sekat-sekat.
Aku breakoff few times ngan Berd one of it because Adam, aku tak terus agi tahu dia la puncanya pasal no point to aguee things already happend. Well aku banyak gak mata-mata dan informer. Aku pernah juga terbaca sms dari budak tu di handphone Berd mengatakan dia antar Berd di KL Sentral dan rasa rindu bila berpisah di situ and wat so ever…well i reserve my comment. Bila di tanya Berd keep saying that Adam is straight guy dan tak suka PLU, then perlu ka sms gitu kalu lelaki lurus…well reserve my comment again
Semalam aku dapat few info lagi yang mengukuhkan dia mmg bersama Adam dan sebenarnya aku tak kisah dah cuma aku rasa macam tertipu selama aku bersama dia, dia ada hati aku rasa ngan budak tu tapi disebabkan aku ada so dia serba salah. Well aku already decide walaupun berat dan nampak macam aku yang salah…..i let him go untuk kebaikan dia
6. Budak Sgpore yg kaki saiko
Aku sedih gak ada sorang budak ni yang aku kenal 2 bulan bersama kini tak lagi bersama selalu publish dan megata aku yang buruk-buruk di laman blog dia, aku memang bodoh tidak melawan pasal pada aku no pint to arguee, hanya aku yang tahu apa aku buat, apa aku hadapi dan apa matlamat aku. To budak sgpore yes….if u saying that im asshole up to you……suite ur self ok
Malam tu aku sampai rumah jam 10 malam dan aku telefon Addy, aku rindu ngan dia….he is the one yang aku ada dapat menghiburkan hati aku yang menagis ini, Ezmil plak aku terpaksa berlakon depan dia pasal dia pun ada masalah, aku tak mahu menambah masalah dia ngan masalah aku…
Malam tu aku tido awal lepas call Addy
Comments : 9 Comments »
Categories : BF, PLU Life
PLU Life – 5 March 2008
5 03 2008Hari ini aku terbangun awal sikit sekitar jam 4:30 pagi, dan aku terduduk seketika dan termenung ke arah glass sliding door. Baru aku sedar aku tertidur di ruang living room dengan Astro terpasang channel AXN, notebook pula terpasang dan laman web Myspace, Guys 4 Men, Faceparty, Blog Google, dan juga blog Colors Of PLU.
Lamunan aku terganggu dengan bunyi bising di bilik office, aku bergegas ke belakang dan ku tengok kucing memanjat masuk ke dalam rumah aku ikut tingkap office, aku aper lagi pantang kucing masuk ke rumah nak-nak kucing asing, aku hambat then dia masuk balik ke ofis panjat tingkap hingga atas sekali, pastu aku gertak dia lompat lari ke dapur, masa tu aku tengok office aku dah berterabur lagi la hangat hati aku. WiFi router terbalik, camcoder aku jatuh, fax machine aku beralih tempat, printer pun beralih, paper A4 berterabur dan keyboard jatuh. Goshh this cat tak habis asyik masuk rumah bertujuan nak selongkar bakul sampah. Aku hambat kucing tu dia lari pipanjat tingkap dapur plak, nasib baik kat atas sekali tu ada tingap kecik terbuka, so dia lepas….aku jamin pasni kucing tu tak berani lagi datang.
Aku kembali ke notebook, aku off kan Astro dan TV. Aku write sumthing kat faceparty untuk hantar message to someone that I knew, just luahan perasaan aku itu saja, but the rest I leave it to that person.
So aku lepas tu tertidur sekejap sehinggalah Ezmil datang mengejutkan aku, dan kebetulan dia pun demam so dia nak mandi air panas katanya. Sementara tu dia baring kat sebelah aku di living room sambil mengadu masalah dia regarding hubungan PLU kat aku, aku mendengar dan mana yang patut aku bagi pandangan aku. Hari ini aku pi lambat sikit kerja nak siap kan paper work. Dalam jam 1030 pagi baru aku kuar rumah dan menghala ke MAS Kelana Jaya pasal aku ada appointment there. Lepas tu aku chow ke MAS Subang Airport juga ada few site visit, aku spent dalam 1 jam there then gerak ke Seksyen 18 Shah Alam, dengan hajat nak deposit kan duit kat dlm bank Maybank few thousand and terlanjut tu buat sekali new Maybank Bank card pasal kat ATM aku ni dah nak patah nanti tak pasal2 aku tak leh whitdraw duit, alah just kene charge RM12 ja.
Masa perjalanan aku ke seksyen 18 Shah Alam tu aku melalui Kolej Inpens dan ketika itu la hati aku menangis seesak-esaknya pasal teringatkan someone there. Dia aku kenal kat G4M dan dia memang baik dan nice, just dia bawah umur baru 20 so aku takut sikit nak rapat sgt budak bawah umur, I was thinking nak kekenal dia dulu tu just alasan la while actually tunggu dia cukup umur. We dating few times but unfortunately aku tak sangka rupa nya ada satu hari tu merupakan hari terakhir aku dating ngan dia. How do I know ? pasal aku keep sms dia call dia sume tak angkat or reply, last sekali aku tawakal msg dia kat friendster lama gak la baru dia reply dekat sebulan. Rupanya dia dah ada someone dan orang tu tak mahu dia contact sesapa dan email or msg sesapa pasal takut kene caras, well aku hanya pasrah dan berdoa untuk kebahagiaan dia. Actually I really like him but takpe la bukan jodoh untuk aku bersama ngan dia, just ralat sikit pasal aku takut dia bawah umur dan aku tunggu hingga dia cukup umur rupanya dia di sambar orang lain…..tak pe maybe dia bukan la terbaik untuk aku, I always believe that but ye la…aku tetap sedih sangat hingga la saat aku menulis blog ini. Untuk itu aku letak la pic dia tapi aku edit sikit untuk hide identity dia pasal aku tak mo kalu BF dia nampak nanti dia tuduh aku perampas plak, this just meluahkan rasa hati aku itu saja.
Apa pun aku teruskan memandu laju setelah melepasi Unisel/Inpens tu, walaupun air mata masa tu mengalir sikit tapi mujur aku bawak laju so pemandu lain tak berapa nampak aku. Aku menghala ke seksyen 7 mencari kedai nak buat business card dan jumpa satu kedai tu tapi siap esok pagi bukan hari ini. So aku pun proceed je la masal nak pikir panjang, dengan harga RM22 for 100pcs ok la tu print depan belakang plak tu…on jerrrr..
Settle urusan aku di Maybank seksyen 18 Shah Alam aku menghala ke KLIA nak amik abang angkat aku yang baru sampai dari Beijing atas urusan kerja, aku pun malas nak tunggu lama kat tepi hotel Pan Pacific so aku part je kat dalam kompleks KLIA, mujur aku sampai dalam jam 3 pasal dia touch down dalam jam 3:15, tertera di skrin MH0307 Beijing Landed ETA 3:22.Aku tunggu dalam 1 jam gak la di Meeting Point arrival hall, fuhh teruk gak pengurusan bagasi KLIA ni lambat….
Dia kuar dari arrival ngan muka senyum ja wakkakakaka pastu aku tarik troli dia masuk lif turun ke parking area, aku drive hantar dia ke rumah pasal nak tolong settlekan kete KIA dia yang dah lama tak bergerak and plan nak tolong angkut tong minyak and isi minak kete, tapi rupanya kete dia dah ok and minyak telah di isi probaly oleh si Joe housemate dia.
Dalam jam 5:30 aku pun chow balik rumah, sebelum tu dia bagi aku cenderahati replica The Great Wall dan Coklat Hershey’s. Dalam perjalanan balik tu aku terfikir pasal someone yang aku msg kat faceparty tu tah dia dah baca ke belum msg tu. Tetiba telefon aku berbunyi, dan rupanya dia yang call tanya pasal plan trip ke Bangkok.
Sampai dirumah jam 6:15 ptg macam tu……apa pun aku still tersentuh hati bila melihat pic dia dan mengenang saat aku spent time sama ngan dia, tu la aku sekarang agak risau kalu nak hold relationship lelama, yela declare cepat sgt pun bahaya, tp pada aku we have to put status seing someone so that others tak kacau bakal pasangan kita tu walau dalam tempoh perkenalan or probation period katanya…to Addy hope you know why some times I’m a bit harsh pasal my pass experience thought me everything, afraid losing you macam tu ja but aku tak risau being rejected dlm tempoh perkenalan when u ckp terus terang face to face.
Comments : 2 Comments »
Tags: my life
Categories : PLU Life
Artikel dan update hari ini 1 March 2008
1 03 2008Beberapa isu telah di kemas kini dan di upload setakat pagi ini antaranya:
1. Safe Penetrarion – Kaunseling dan teladan
2. Di usir dari rumah BF – Kaunseling dan teladan
3. Sampai bila aku harus bertahan – Kaunseling dan teladan
4. Mengamal seks selamat – Self improvement
5. Evening Primrose – Self Improvement
6. Iklan Free anonymous HIV test
7. Bila Cinta sudah tiada – Kaunseling dan Teladan
Selamat membaca dan diharap mendapat sesuatu berguna.
Confuse Guy
Kuala Lumpur
Comments : Leave a Comment »
Tags: update info
Categories : BF, Favourite Stuff, Healthy Life Style, PLU Life
Free Anonymous HIV test – organise by PT Foundation
29 02 2008Comments : 2 Comments »
Tags: Healthy Life Style
Categories : Healthy Life Style, PLU Life
Mengapa PLU wujud dalam diri anda
26 02 2008Pernah ke tidak korang terfikir bagaimana korang boleh menjadi PLU atau men’declare‘kan status PLU pada diri kamu. Aku sering terfikir terutamanya di sebelah malam ketika aku di atas katil sebelum tidur. Mengapa dan bagaimana ia terjadi dalam diri aku:
Ketika kecil:
- aku adalah anak sulung lelaki yang lain semuanya perempuan jadi kira aku closed to mum
- ketika aku kecil-kecil tidak punya ramai kawan dan selalunya aku spent time ngan mum
- bila aku dah bersekolah tadika kawan pertama aku adalah perempuan dan dia ajak aku main masak-masak
- selepas dari itu aku punyai ramai kawan perempuan di tadika
- di tadika aku merupakan pelajar contoh, paling kemas, bersih dan hasil kerja tangan aku cantik
- aku sering dimarahi oleh bapa aku walau pun hal kecil, sampai dia pernah baling buah-buah kelapa kat badan aku dan juga sembur ridsect kat muka aku (pening pala ala-ala nyamuk)
- bila bapa mengamuk my mum plak jadi peguam bela aku ahakssss
- aku jarang rapat ngan bapa aku pasal dia sibuk mencari duit dan selalu marah-marah
- ketika aku disekolah rendah aku terikut-ikut dengan gaya Imuda lakonan dalam sitcom 2+1, antara dialog dia yang terkenal adalah “This is my card” sambil lengok berdiri patah menghulurkan kad.
- my dad pernah ugut aku nak hantar ke hospital sakit jiwa untuk memperbetulkan sikap aku yang meniru cara Imuda (sekarang aku keras ocayyyy)
- ketika di sekolah rendah aku menjawat jawatan yang penting seperti ketua kelas dan juga ketua pengawas sekolah.
- aku diberikan beberapa jawatan sampingan seperti presiden kelab bahasa melayu dan bendahari persatuan bulan sabit merah (tak mo masuk pengakap sebab ala-ala tentera)
- aku pernah kene sexual harrestment dengan rakan-rakan sekelas aku dalam kelas lagi, plus lepas tu leh plak cikgu English aku joint sekali dok borak-borak
- bila ada majlis perkahwinan sedara mara aku akan diminta mengubah bunga telur atau pun susunan kertas tisu untuk hiasan replika nenas
- atau pun aku jadi tukang photographer orang kawin suruh pengantin posing sana sini
- aku suka tengok orang make up kan pengantin wakakakkaka (belajar katanya)
- bila mak bapa sibuk menolong orang ramai dan aku tak de tugasan, maka aku tukang jaga adik perempuan aku, dokong sana sini.
- aku adalah antara cucu kesayangan arwah datuk ku
- aku juga dulu digelar ratu air mata oleh mak sendiri pasal kuat nangis
Disekolah menengah :
- aku dilantik menjadi pengerusi kelab koperasi dan merangkap antara audit koperasi sekolah
- aku dilantik menjadi naib presiden sidang redaksi majalah sekolah
- aku dilantik menjadi penghulu asrama
- aku dilantik menjadi ketua program adik angkat asrama
- aku dilantik menjadi fasilitator minggu suai kenal di sekolah selama 2 kali (seswai gt kan ahaksss)
- aku direbut oleh ramai abang-abang senior untuk jadikan aku sebagai adik angkat mereka, pernah dalam setahun tu aku ada 6 orang abang angkat yang masing-masing terangkat.
- aku punyai adik angkat gak ketika aku di form 3, fuhh jambu mix blood omputih ngan melayu
- aku punyai GF tapi frust putus di tengah jalan
- kawan-kawan yang rapat dengan aku adalah yang lembut-lembut
- aku sering berpakaian kemas sepanjang masa
- aku rajin mencuci baju termasuk baju abang-abang (bila pikir balik hampehh)
- aku sering tidur berdua selepas jam 12 ngan abang-abang ahakssss
- hari sabtu ahad adalah hari di tunggu kerana hari tu la boleh romen-romen pasal takde aktiviti
- aku tidak aktif bersukan di padang sebab takut injured nanti aku tak cantik lagi ahakssss (actually aku pernah injured masa main hocky terus phobia nak main apa pun) yang aku suka cycling
- masa aku form 3 – 5 aku tak punya kawan pasal aku dituduh jadi reporter yang poyo pada warden asrama berkenaan kes liwat pelajar so sumer budak pulaukan aku….padahal yang report tu budak alim kelas agama..kejissss
- aku orang yang paling rapat dengan warden asrama hingga dapat keluar jalan-jalan malam-malam dengan kereta dia dan juga dapat makan special semeja
- kadang-kadang aku siap leh tidor kat rumah waren lagi tu
- aku seorang anak yang baik bila time balik kampung / asrama tutup aku akan tunggu parent datang amik tak berani nak merayau keluar asrama, kalu mum cakap tunggu aku tunggu la sampai esok kat situ
- aku seorang yang begitu pantual ketika di sekolah dan bila aku jadi penghulu asrama aku susah nak marah orang
Di IPTA
- dalam fakulti, aku dikira agak diketahui umum juga pasal sumbangan dan gila kuasa aku sehingga aku pernah dicalonkan untuk menjadi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar di mana aku terpaksa berkempen dan berpolitik, namun aku reject sekeras-kerasnya pencalonan aku tu sehingga aku naik ke Hal Ehwal Pelajar membangkang, gila apa nanti dan nama naik menjulang time tu la macam-macam gosip kuar, malu woooo
- dalam department plak aku di lantik menjadi presiden event managemet team dan tugas aku handle segala event dalam fakulti dan juga IPTA jika diminta, disebabkan aku ni kan spesis lelaki PLU so kreativiti aku itu digunakan untuk event-event seperti majlis makan malam fakulti, department, peringkat universiti, sukan antara fakulti, sukan antara universiti dan juga majlis-majlis berprestij lain, selain itu juga aku jadi penyelia untuk acara-acara persembahan termasuklah tari menari….aiyohhh boleh ker
- aku pernah di kaitkan dengan skandal bersama lecturer lelaki pasal aku terlalu rapat dengan dia, lepas kelas lepak bilik lecturer ni, malam-malam kuar minum makan ngan lecturer ni, dah la dia tu dah 30++ tak kawin-kawin dressing plak ala-ala lelaki metroseksual, walhal dia tu supervisor thesis aku dan juga penasihat event management team
- dalam kelas aku merupakan pelajar contoh untuk assignment, tutorial, nota kuliah dan juga presentation, ini kerana asal cukup time nak dekat final exam ramai classmate nak photostat nota kuliah aku, assignment aku jadi rujukan untuk final exam dan juga tutorial aku jadi jawapan skema classmate, bila dapat balik kat tangan aku segalanya dah lunyai (hancur)
- pernah lecturer panggil aku bertanya “saya tahu kenapa tutorial paper awak ni kertas dia nampak buruk, nak hancur dan agak messy, pasal kawan-kawan awak pinjam kan?” well what to answer dia dah tahu…..so apa lagi class tutorial again, submission on the dot…
- kalu buat assignment grouping ramai yang satu group ngan aku, selalu sampai bergaduh sesama sendiri sampai lecturer pun dah tahu and gelak tengok gelagat dia orang, ini sebab bila buat assignment aku ni agak poyosss, info cari melampau-lampau, kalu ada involve multimedia and IT lagi la hyper poyos bila buat presentation, unbeatable sampai lecturer pun tak tau nak tanya apa, tu la PLU kalu buat kerja darja kreativiti tinggi
- di kolej aku aktif dengan aktiviti kolej seperti majlis suai kenal pelajar lama – baru dan lelain, aku pernah joint fasilitator minggu suai kenal kolej, namun tujuan utama aku hanyalah satu, melakukan kerja-kerja menapis hehehehehe
- cuti semester sangggup aku pendekkan seminggu untuk balik ke kolej, offer diri konon untuk bantu pejabat kolej buat sesi pendaftaran pelajar lama dan baru, wl hal membuat tapisan kali kedua….shortlisted katanya..
Semua perkara-perkara diatas ada kaitannya bagaimana aku menjadi seorang PLU dan aku pasti korang pun ada juga yang begitu malah lebih lagi.
Comments : 10 Comments »
Tags: PLU Life
Categories : PLU Life
Ryan – Pengorbanan Cinta
23 02 2008Aku mengenali Ryan (nama glamor) tatkala aku kesepian dan kesedihan dengan hubungan aku bersama Berd, namun aku akui kesilapan aku adalah kami bertemu beberapa kali dan terus memutuskan untuk bersama dalam masa yang begitu singkat. Namun walaupun demikian rupa bila aku fikir kembali semua ini berlaku atas kehendak Pencipta, kerana akiu belajar erti kasih sayang dan pengorbanan cinta demi kebahagian orang lain. Disamping itu aku turut belajar bahawa dalam perhubungan baru ini aku tidak perlu di kaburi oleh orang lama, yang turut mengugat hubungan cinta aku dengan Ryan.
Perhubungan kami berjalan hanya menjangkau 3 bulan sahaja. Aku korbankan cinta aku walaupun ketika itu kami ibarat retak menanti belah namun aku masih ada perasaan pada Ryan. Bibit pengorbanan ini bermula ketika aku pergi ke La Queen atas desakkan Admir yang menjadi rakan aku dulu dan bekerja di Malaysia Airlines System KLIA, juga secara kebetulan atas pelawaan Ryan kerana rindu pada aku katanya. Aku sampai di La Queen dalam jam 11 malam macam tu dan berjumpa dengan Ryan dan rakan-rakan dia di kedai makan hadapan Wisma Hong Leong. Aku juga menantikan Admir sampai namun dia kata kelewatan sikit, maka kami semua masuk dulu ke dalam club dan aku biasalah lambat panas enjin, dalam 1 jam lepas tu baru aku rancak berdansa itu pun setelah admir sampai. Aku akui ketika aku berdansa di tingkat atas tu aku berdansa berdua dengan Ryan dan aku bagai tak ingat dunia, si Admir pula berdansa dengan rakan Ryan.
Aku ingat lagi setelah jam 3 pagi kami bersetuju untuk pergi minum di Restoran mamak Pelita berdekatan dengan KLCC dan aku pergi bersama Admir satu kereta while Ryan dan 3 lagi rakan dia satu kereta. Ketika perjalanan itu Admir sempat bertanya pada aku bahawa dia berminat dengan Ryan dan bertanya sama ada aku ada apa-apa relationship lagi ke tidak dengan dia, aku akui ketika itu aku blur dan terkejut serta tidak tahu apa yang perlu aku cakap, hubungan aku dengan Ryan ketika itu memang retak menanti belah namun aku masih ada perasaan pada dia, perlukah aku menipu atau ceritakan hal sebenarnya. Namun again segala berlaku atas kehendak dan kudrat Pencipta maka terpacul dari mulut aku “Sekiranya kamu benar-benar berhajat dengan dia kamu harus bertanya pada empunya badan”, aku tak mampu berkata lebih lagi segalanay aku serahkan pada Ryan, Admir juga meminta aku nombor telefon Ryan namun aku relutant untuk memberi malah aku minta dia bertanya sendiri pada Ryan.
Malam itu Ryan dan Admir duduk bersebelahan dan setelah keluar dari Pelita, Ryan menarik aku ketepi dan bertanya adakah Admir mahu masuk line dengan dia dan dia sebenarnya tidak suka pada Admir, hanya apa yang aku mampu buat adalah mengiyakan sahaja. Ketika saat itu aku dapat lihat air mata dia bergenang dan aku ucap kepala dia dan aku dakap dia sekuat hati walaupun dikawasan agak terbuka tapi kerana kasih aku ikhlas aku ketepikan semua itu.
Setelah beberapa hari berlalu Ryan menelefon aku meminta aku mengambilnya di stesen keretapi Batu 3 Shah Alam, kerana dia nak ambil semua barang-barang di rumah katanya, aku dah rasa tak sedap hati namun aku kuatkan semangat. Aku tunggu beberapa minit dan dia timbul di entrance stesen keretapi dan masuk ke dalam kereta aku, sambil berbual mengatakan dia dah nekad berhenti kolej dan mengambil keputusan untuk bekerja sebagai broker saham di Kuala Lumpur, hal ini aku tidak persetujui namun aku redhakan agar dia berani mengambil risiko. Malam itu kami baring bersama buat kali terakhir dan menghitung apa salah dan silap kami. Menurut Ryan kawan baik dia satu kolej akan mengambil dia di rumah aku dan bawak dia stay dirumah nya buat sementara waktu, aku mengiyakan sahaja sehinggalah pada jam 11 malam macam tu aku terkejut melihat kereta Proton Satria Admir yang sampai, kini segalanya telah terjawab bahawa Ryan secara senyap-senyap telah mengambil keputusan untuk tinggal dan hidup bersama Admir.
Saat itu hanya linangan air mata sahaja yang mampu aku berikan dan hati aku tertanya kenapa ini yang Ryan pilih, namun aku redhakan demi kebahagiaan dan kegembiraan dia. Sebelum berpisah aku dakap Ryan di hadapan rumah dan aku berpesan di telinganya agar jika ada sebarang masalah jangan segan telefon aku dan jika perlu apa-apa just voice out.
Admir pula datang ingin mendakap aku, dan aku dakap dia sebagai kawan dan aku pesan pada Admir “AKU HARAP KAMU JAGALAH RYAN DENGAN BAIK, DIDIK DIA AGAR DIA MENJADI ORANG YANG BERGUNA, JANGAN SALAH GUNA APA YANG KITA ADA DAN AKU HARAP JIKA KAMU ADA MASALAH DALAM PERHUBUNGAN JANGAN BUANG DIA SEPERTI SAMPAH TAPI PULANGKAN PADA AKU SECARA BAIK, SEBAGAIMANA KAMU AMBIL DIA BEGITU JUGA KAMU PULANGKAN PADA AKU”, Admir menganguk dan air mata aku jatuh mengiringi pemergian mereka.
Malam itu segalanya berakhir dan aku akhirnya tertidur dalam jam 5 pagi.
Comments : 3 Comments »
Tags: BF, my life
Categories : BF, PLU Life
Berd – My Second Important Person In My Life
23 02 2008Selepas relationship aku dengan Ezmil berakhir dan menjadi hubungan abang dan adik, maka aku ditemukan dengan seseorang yang lebih gemar dipanggil Berd, initially Berd adalah kenalan Ezmil dan pertemuan pertama aku dengan dia telah berlaku ketika aku dan Ezmil makan malam di Restoran Thai di Shah Alam dan Ezmil mengundang Berd makan sekali.
Dan selepas itu kami sentiasa berhubungan melalui sms dan kadang-kala bila aku berkesempatan aku akan makan tengahari bersama dia di Kuala Lumpur since office aku dan dia agak berdekatan ketika itu. Dalam masa perhubungan kami ini banyak pengorbanan dan suka duka aku bersama dengan Berd, dia pada awalnya seorang yang suka hang out bersama rakan-rakan dia kelab malam seperti La Queen dan Music Tech, dan antara rakan-rakan akrab dia yang aku kenal dan masih ingat adalah seperti Putri, Johan, Hatta, Wannie, Eddie, Fahmie, Timah, Abang Arm, dan beberapa lagi yang sukar aku ingat nama mereka.
Berd seorang yang happy go lucky namun aku tahu dia banyak menyimpan pahit getir kehidupan dia dalam dirinya, dulu perangai dia sedikit keadik-adikan dan ini mungkin kerana keadaan dan kehidupan dia yang sering dimanjakan ketika 1st relationship dia dengan someone before me. Aku didik dia bahawa kehidupan ini bukanlah untuk kita bersukaria semata-kata, namun ia penuh dengan tanggung jawab untuk diri sendiri terutamanya, malah untuk kita mengecapi sesuatu dan juga kebahagian banyak yang perlu dilalui. Alhamdulilah dia banyak belajar dan berubah, bukan aku mendesak namun aku hanya memberi dorongan dan dia yang perlu memilih, kini dia tidak lagi pergi ke kelab malam sekerap dulu, malah dia lebih bertanggung jawab dengan wang yang dia ada serta berbelanja dengan lebih berhemah.
Sepanjang aku bersama dengan dia juga aku sering mendapat undangan konsert-konsert dan anugerah berprestij artis-artis Malaysia kerana Berd aktif dengan program Road Tour dan Promosi Artis. Dari Anugerah Era, Anugerah Bintang Popular dan juga Juara Lagu, ini juga disebabkan dia rapat dengan rakan-rakan media yang terlibat dalam beberapa program seperti ini.
Namun hubungan aku dengan Berd tidak dapat kekal lama dan kami putus beberapa kali atas sebab dan kesalahan kami sendiri. Aku tahu dia sayang aku teramat sangat sehingga pada satu hari dia secara mengejut datang kerumah aku yang pada waktu itu aku sedang tidur dengan lampu bilik tertutup dan hanya lampu diruang tangga menyala, tambaha pula ketika itu bilik aku menghadap jalan. Ketika dia datang mengejut tu aku mendapat instinct bahawa Berd datang dan secara automatik aku bangun dari tempat tidur dan menghadap jalan depan rumah aku maka terlihat kelibat Berd. Aku turun ke bawah membuka pintu rumah dan menyambut Berd namun penampar hinggap ke pipi aku. Aku terpinga-pinga kenapa tanya aku sambil mengosok pipi aku yang kebas. Berd menuduh aku tidur dengan jantan lain, katanya kelibat bangun tidur yang dia nampak tadi adalah kelibat skandal aku, beristighfar aku mendengarnya walhal kelibat itu adalah kelibat aku sendiri tertidur akibat sakit kepala dan demam.
1st time aku putus dengan Berd disebabkan tomahan dan cacian dari dia serta hasrat yang dia luahkan melalui perbualan telefon dan sms yang sangat-sangat menhancurkan hati aku, menangis aku sepuas-puasnya dan hanya ketika itu Ezmil merupakan tempat aku mengadu dan meluahkan perasaan aku. Berd mengatakan bahawa aku ini seorang yang keji, dan perangai macam hanjing, semua ini berdasarkan tanggapan yang serong dia terhadap aku, malah dia mengatakan bahawa tidak mahu lagi berjumpa dengan aku. Selepas dari itu tidak ada lagi penggilan telefon dan sms selama beberapa hari, hatiku yang hancur ketika itu menjadikan diri aku kebal dan tuli telinga aku. Malam itu aku menagis sepuasnya dan aku keluar dari Kuala Lumpur memandu sambil aku merokok dalam sekotak habis (walhal tidak ada guna aku merokok) menuju ke Seremban tanpa hala tuju. Aku berhenti dan berehat di tepi tasik berdekatan dengan Stadium, dan kebetulan aku ada mengenali seseorang di sana maka aku call dan aku ajak sebagai teman aku bersedih.
After that dia minta aku menyambung semula hubungan kami sebagai pasangan dan aku akui aku memang masih menyanyangi dia walau pun hati aku agak sakit dan juga aku rasa selepas dari ini aku lebih berhati-hati dengan dia itu yang aku tanamkan dalam mind set. As usual hal ini hanya bertahan beberapa bulan dan sikap tuduhan melulu tanpa usul periksa kembali datang. Selepas dari itu aku memutuskan untuk mengangak dia sebagai adik aku rather than bf, pertama agar dia lebih bebas selepas ini, kedua dia harus belajar dari kesilapan dan perlu tahu bahawa cinta perlukan kepercayaan, dan ketiga aku akan terus menjaga kebajikan dia sebagai seorang adik walaupun aku bukan lagi bf dia.
Sehinggalah pada tanggal 14 February 2008 baru-baru ini Berd mengugut aku lagi dengan menghantar sms mengatakan dia tidak lagi mahu berkawan dengan aku lagi, menuduhaku pelacur kerana dia beranggapan aku ni melakukan sex dengan ramai PLU, juga mengatakan aku ini orang Johor yang hipokrit dan penipu serta ingin memulangkan semua barang-barang yang pernah aku berikan pada dia. Hati aku sangat sedih dan ketika itu aku bersendirian di rumah dan sedang bertungkus lumus untuk mendapatkan kod verification dari Breathflowers demi nak belikan sejambak bunga untuk adik aku itu.
Memandangkan ketika itu Ezmil agak sibuk dengan kawan dia maka aku tidak mahu membebankan diri dia, lalu aku hubungi abang angkat aku Zul Nazri yang akan aku ceritakan kelak siapa dia ini, kami keluar makan pizza sahaja sambil bercerita tentang masalah aku dan juga about program melancong di luar Malaysia.
Kini walaupun setelah apa yang dia dah buat aku tetap anggap dia adik aku memandangkan aku tidak ada adik lelaki lagi dan hanya ini sahajalah jalan untuk aku agar tetap mempunyai tanggungjawab menjaga kebajikan dia, to me biarlah apa sahaja dia nak cakap yang penting apa yang aku buat adalah demi kebaikan dia kelak.
Comments : 4 Comments »
Tags: BF, my life
Categories : BF, PLU Life
Ezmil – Most Important Person In My Life
22 02 2008Dia adalah merupakan teman hidup aku yang teristimewa kerana relationship selama almost 7 years mengajar aku erti kepayahan hidup dan mengajar aku berdiri atas kaki sendiri, mengenal erti tabah, sabar dan mendidik aku bagaimana mengharungi dugaan hidup sebagai insan bergelar anak sulung dan juga tidak normal seperti lelaki lain.
Terlalu banyak suka duka yang kami harungi bersama, bermulanya perkenalan kami adalah melalui satu buletin board di laman web kaum sejenis, dimana aku dapati dia meluahkan rasa kecewanya terhadap hubungan dia sebelum ini dengan seseorang. Aku juga simpati dengan keadaannya maka aku balas forum tersebut dengan memberi kata-kata semangat untuk memberikan dia satu nafas baru, ini juga disebabkan aku turut mengalami hal yang sama dimana aku dipermainkan oleh seseorang di Kedah (tidak perlu aku ceritakan disini kerana tidak berbaloi). Dari situ kami sering bertukar-tukar idea dan pendapat seterrusnya bertukar nombor telefon. Dia rajin menghubungi aku selalunya sebelah malam, ini kerana Ezmil ketika itu tinggal jauh diseberang.
Hinggalah pada satu masa kami berhasrat untuk berjumpa dan aku masih ingat ketika itu aku baru balik ke Shah Alam kerana semester baru pengajian akan dibuka, dan ketika itu juga aku tinggal seorang di rumah sewa kerana kawan aku masih bercuti yang ada pun hanya 2 orang itupun mereka keluar entah kemana. Setelah bekemas barang-barang maka die menelefon aku bahawa dia pun sudah sampai di Kuala Lumpur kerana outstation urusan kerja serta berhasrat mahu berjumpa aku malam ini. Malam itu aku berjumpa dengan dia di hadapan stesen minyak Esso. Begitulah detik pertemuan kami sekitar tahun 1999 dan ketika itu aku baru menghabiskan sesi latihan praktikal aku di pertingkat diploma.
Perjumpaan kami hanya berlaku apabila Ezmil ada urusan kerja di Kuala Lumpur dan ketika itu baru aku berpeluang berjumpa dia dan spent time bersama, jika tidak hanya telefon sahaja pengubat rindu. Hinggalah pada tahun 2002 dia bercadang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Master Degree di sini dan ingin berpindah ke Kuala Lumpur. Setelah segalanya bulat maka kami mencri rumah sewa dan dia berjaya mendapatkan sebuah rumah flat yang selesa dan nyaman walaupun terletak di tingkat paling atas namun aku tidak kisah as long as kami dapat stay bersama, itu lah pengorbanan Ezmil yang paling bermakna bagi aku. Kami stay disana agak lama dan silih berganti tahun.
Di awal kehidupan bersama kami banyak berulang-alik menggunakan motorsikal aku dan memandagkan Ezmil tak pernah menaiki motorsikal maka dia lebih cenderung mengeraskan badan ketika membonceng dan aku sering marah pada dia (sometimes bila aku ingat I feel bad), kerana sukar aku nak kawal motor ketika cornering.
Kami beli sedikt demi sedikit barang-barang di Giant sealunya seperi kipas angin, dapur gas dan juga barang-barang dapur. Alat hiburan kami satu-satunya adalah komputer aku dan juga komputer Ezmil. Hidup kami amat gembira ketika itu walaupun diselangi dengan duka dan sudah tentu ia mengajar kami bagaimana untuk bertahan lama.
Sehinggalah pada tahun 2003 rezeki Ezmil baik dan dia decided membeli sebuah kereta buatan Malaysia dan kami lebih senang bergerak kesana dan kesini, malah Ezmil pergi kerja lebih mudah tak perlu menaiki Komuter dan selepas itu terpaksa menunggu aku dengan motor atau pun berjalan kaki dari stesen ke rumah yang mengambil masa 20 minit.
Pada tahun penghujung 2005 hubungan kami telah sampai ke puncaknya dan kami berpisah dari menjadi BF kerana kami percaya kami telah dan sudah mengenali sesama kami cukup banyak, keluarga seluruh telah kami kenali walaupun mereka tidak mengetahui siapa kami sebenarnya namun parent Ezmil adalah parent aku juga begitu juga dia.
Untuk pengetahun anda aku dan dia kini menjadi hubungan abang dan adik yang cukup akrab, malah sehingga di saat ini segala masalah dia adukan pada aku dan begitu juga aku, kami saling bantu membantu kerana kami tahu dimana kelemahan kami masing-masing dan juga kekuatan diri kami.
Ezmil, you are the best person I ever have in my life dan juga kini my best brother. Aku harap kamu tabah menghadapi segala dugaan dalam diri kamu sebagai seorang PLU kerana kamu juga yang mengajar aku erti tabah dan sabar.
Comments : 3 Comments »
Tags: BF, my life
Categories : BF, PLU Life
About Me – Confuse Guy
22 02 2008Well thanks to you guys spend times to read my blog, and actually this is my third blog account. The first one is company blog, second is my discreet blog and third is the other side of me (Dark Side….Huhuhhahahaha)
Alright, let me explain to you that I will write in
- English
- Bahasa,
- Mix and sometimes
- Broken English (Typical Malay English)
so that will show you the real me and Malaysian.
I was born in the year 1980 month of July and enuf If I told you that my zodiac was LEO, some of my cyber friends call me Leo including my close friend Alex. My first appearance was made at Hospital Besar Batu Pahat, Johor and grow up somewhere at bandar Segamat Johor.
That time my parent just renting the house right behind the Bus Station and very closed to the Hospital Segamat. After that we move and my dad was transfered to few places until now we stay somewhere Melaka (biarlah rahsia kwang kwang)
Aku memasuki alam persekolahan di sebuah sekolah berasrama di Melaka dan that was my first experience meminati lelaki, cz too many senior wanted me to be their adik angkat, then terus terangkat jadi so special.
Namun aku tidak lama tinggal di asrama hanya untuk 4 tahun dari form 1 hingga form 5 kecuali form 4, aku berhasrat untuk menetap diluar dan berulang alik dari rumah. Ini semua gara-gara aku dituduh sabagai reporter untuk satu kes liwat yang berlaku di asrama ketika itu. Oleh yang demikian aku terpinggir dari rakan-rakan dan hidup bersendirian tanpa rakan-rakan, malah ada juga rakan yang dengki pada aku, walhal bukan aku yang melaporkan kejadian tersebut, hal ini sebenarnya dilaporkan oleh seorang pelajar kelas agama iaitu Rostam Omar bertahi lalat di muka kiri dan gigi sedikit jongang. Mana aku tahu hal ini, well warden asrama yang bagi tahu aku sebab aku penolong penghulu asrama ketika itu.
Selepas menamatkan zaman persekolahan menengah aku di situ dengan cemerlangnya mala aku ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di sebual IPTA di Shah Alam di Faculty of Architecture and Survey. Kursus yang bukan pilihan aku pada mulanya kini menjadi kursus kegemaran aku dan aku berjaya menamatkan pengajian dengan agak cemerlang, beberapa semester aku dinobatkan dengan Anugerah Dekan cuma aku hampa gagal mendapat kelayakkan Anugerah Pengarah dan memakai selempang ketika konvokesyen. Untuk pengetahuan anda semua ketika aku di IPTA inilah aku ditemukan dengan seseorang yang tersangat istimewa dan seseorang yang menjadi tulang belakang aku selama di IPTA, sehingga kini walaupun sudah tiada apa-apa hubungan tapi kami masih berhubung dan bantu-membantu. Setelah aku berjaya mendapatkan dan berbekalkan segulung Diploma dan Ijazah aku mencari kerja di merata tempat.
Aku berjaya mendapatkan kerja di sebuah syarikat engineering di Batu Caves dan aku bertahan selama setahun disebabkan aku mendapat rezeki yang lebih baik. Selepas itu aku bekerja dengan sebuah syarikat yang agak besar berpangkalan di Johor tetapi perniagaan dijalankan secara meluas di Selangor dan Kuala Lumpur, aku ditempatkan di cawangan Bukit Damansara namun aku tidak bertahan lama disitu hanya hampir 2 tahun, aku terpaksa berhenti kerana ketidak tentuan keadaan kami staff-staff disitu akibat dari merging process between 2 company dan kami rata-rata tidak puas hati dengan penadbiran Human Resources mereka.
Selapas dari ini aku berhenti dan membuka perniagaan sendiri khusus dalam bidang Specialist Engineering Works yang kini telah berdiri hampir setahun dan masih banyak yang perlu aku pelajari untuk memajukan perniagaan ini.
Comments : 5 Comments »
Tags: BF, business, my life
Categories : PLU Life





