Ezmil – Most Important Person In My Life

22 02 2008

Dia adalah merupakan teman hidup aku yang teristimewa kerana relationship selama almost 7 years mengajar aku erti kepayahan hidup dan mengajar aku berdiri atas kaki sendiri, mengenal erti tabah, sabar dan mendidik aku bagaimana mengharungi dugaan hidup sebagai insan bergelar anak sulung dan juga tidak normal seperti lelaki lain.

Terlalu banyak suka duka yang kami harungi bersama, bermulanya perkenalan kami adalah melalui satu buletin board di laman web kaum sejenis, dimana aku dapati dia meluahkan rasa kecewanya terhadap hubungan dia sebelum ini dengan seseorang. Aku juga simpati dengan keadaannya maka aku balas forum tersebut dengan memberi kata-kata semangat untuk memberikan dia satu nafas baru, ini juga disebabkan aku turut mengalami hal yang sama dimana aku dipermainkan oleh seseorang di Kedah (tidak perlu aku ceritakan disini kerana tidak berbaloi). Dari situ kami sering bertukar-tukar idea dan pendapat seterrusnya bertukar nombor telefon. Dia rajin menghubungi aku selalunya sebelah malam, ini kerana Ezmil ketika itu tinggal jauh diseberang.

Hinggalah pada satu masa kami berhasrat untuk berjumpa dan aku masih ingat ketika itu aku baru balik ke Shah Alam kerana semester baru pengajian akan dibuka, dan ketika itu juga aku tinggal seorang di rumah sewa kerana kawan aku masih bercuti yang ada pun hanya 2 orang itupun mereka keluar entah kemana. Setelah bekemas barang-barang maka die menelefon aku bahawa dia pun sudah sampai di Kuala Lumpur kerana outstation urusan kerja serta berhasrat mahu berjumpa aku malam ini. Malam itu aku berjumpa dengan dia di hadapan stesen minyak Esso. Begitulah detik pertemuan kami sekitar tahun 1999 dan ketika itu aku baru menghabiskan sesi latihan praktikal aku di pertingkat diploma.

Perjumpaan kami hanya berlaku apabila Ezmil ada urusan kerja di Kuala Lumpur dan ketika itu baru aku berpeluang berjumpa dia dan spent time bersama, jika tidak hanya telefon sahaja pengubat rindu. Hinggalah pada tahun 2002 dia bercadang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Master Degree di sini dan ingin berpindah ke Kuala Lumpur. Setelah segalanya bulat maka kami mencri rumah sewa dan dia berjaya mendapatkan sebuah rumah flat yang selesa dan nyaman walaupun terletak di tingkat paling atas namun aku tidak kisah as long as kami dapat stay bersama, itu lah pengorbanan Ezmil yang paling bermakna bagi aku. Kami stay disana agak lama dan silih berganti tahun.

Di awal kehidupan bersama kami banyak berulang-alik menggunakan motorsikal aku dan memandagkan Ezmil tak pernah menaiki motorsikal maka dia lebih cenderung mengeraskan badan ketika membonceng dan aku sering marah pada dia (sometimes bila aku ingat I feel bad), kerana sukar aku nak kawal motor ketika cornering.

Kami beli sedikt demi sedikit barang-barang di Giant sealunya seperi kipas angin, dapur gas dan juga barang-barang dapur. Alat hiburan kami satu-satunya adalah komputer aku dan juga komputer Ezmil. Hidup kami amat gembira ketika itu walaupun diselangi dengan duka dan sudah tentu ia mengajar kami bagaimana untuk bertahan lama.

Sehinggalah pada tahun 2003 rezeki Ezmil baik dan dia decided membeli sebuah kereta buatan Malaysia dan kami lebih senang bergerak kesana dan kesini, malah Ezmil pergi kerja lebih mudah tak perlu menaiki Komuter dan selepas itu terpaksa menunggu aku dengan motor atau pun berjalan kaki dari stesen ke rumah yang mengambil masa 20 minit.

Pada tahun penghujung 2005 hubungan kami telah sampai ke puncaknya dan kami berpisah dari menjadi BF kerana kami percaya kami telah dan sudah mengenali sesama kami cukup banyak, keluarga seluruh telah kami kenali walaupun mereka tidak mengetahui siapa kami sebenarnya namun parent Ezmil adalah parent aku juga begitu juga dia.

Untuk pengetahun anda aku dan dia kini menjadi hubungan abang dan adik yang cukup akrab, malah sehingga di saat ini segala masalah dia adukan pada aku dan begitu juga aku, kami saling bantu membantu kerana kami tahu dimana kelemahan kami masing-masing dan juga kekuatan diri kami.

Ezmil, you are the best person I ever have in my life dan juga kini my best brother. Aku harap kamu tabah menghadapi segala dugaan dalam diri kamu sebagai seorang PLU kerana kamu juga yang mengajar aku erti tabah dan sabar.


Actions

Information

3 responses

26 02 2008
daong

waaaaa…..

sedihnya…

adakah ending story hidup aku pon akan menjadi macam ni??

21 03 2008
epik

sungguh bahagia.nih la stu ikatan yang aku inginkan…suker sgt ngan story nih..mcm story aku jer tp hubungan kami lebih lama ..9 tahun .tp aku terpaksa lepaskan bf aku coz dia nak kawin..aku redha coz hubungan kami x akan kemana ,,hubungan yang di bina x akan kejinjang pelamin ,aku berfikiran positif dan terbuka ,walau pun sedih terpaksa gak terima ngan tabah dia lah segalanyer dalam hidup aku susah senang masa sama – sama study dulu sampai skarang x leh aku lupakan…….perpisahan ini aku redha coz x nak merosakan perkahwinannyer..tp yang penting wife dia mmg baik n kitaorg oun masih berhubungan walaupun x sekerap selalu…………

21 03 2008
confiusguy

well sumtimes kita kene ingat tak semua milik kita adalah kekal itu la namanya ujian ketika kita di dunia, walau pun kita ini PLU namun aku tetap ingat aku akan kembali kepada pencipta so begitu juga dengan apa yang kita miliki, tak semua kekal, kita kene pasrah dan move foward pasal life dunia is all about test, how strong and berapa byk kebaikan kita buat sebab tidak ada kehidupan yang kekal melainkan di akhirat kelak..

* matila i jadi ustazah kejap (being gay doesnt mean aku tak perlu amik tahu pasal agama aku)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: