Berd – My Second Important Person In My Life

23 02 2008

blkg-muka.jpg

Selepas relationship aku dengan Ezmil berakhir dan menjadi hubungan abang dan adik, maka aku ditemukan dengan seseorang yang lebih gemar dipanggil Berd, initially Berd adalah kenalan Ezmil dan pertemuan pertama aku dengan dia telah berlaku ketika aku dan Ezmil makan malam di Restoran Thai di Shah Alam dan Ezmil mengundang Berd makan sekali.

Dan selepas itu kami sentiasa berhubungan melalui sms dan kadang-kala bila aku berkesempatan aku akan makan tengahari bersama dia di Kuala Lumpur since office aku dan dia agak berdekatan ketika itu. Dalam masa perhubungan kami ini banyak pengorbanan dan suka duka aku bersama dengan Berd, dia pada awalnya seorang yang suka hang out bersama rakan-rakan dia kelab malam seperti La Queen dan Music Tech, dan antara rakan-rakan akrab dia yang aku kenal dan masih ingat adalah seperti Putri, Johan, Hatta, Wannie, Eddie, Fahmie, Timah, Abang Arm, dan beberapa lagi yang sukar aku ingat nama mereka.

Berd seorang yang happy go lucky namun aku tahu dia banyak menyimpan pahit getir kehidupan dia dalam dirinya, dulu perangai dia sedikit keadik-adikan dan ini mungkin kerana keadaan dan kehidupan dia yang sering dimanjakan ketika 1st relationship dia dengan someone before me. Aku didik dia bahawa kehidupan ini bukanlah untuk kita bersukaria semata-kata, namun ia penuh dengan tanggung jawab untuk diri sendiri terutamanya, malah untuk kita mengecapi sesuatu dan juga kebahagian banyak yang perlu dilalui. Alhamdulilah dia banyak belajar dan berubah, bukan aku mendesak namun aku hanya memberi dorongan dan dia yang perlu memilih, kini dia tidak lagi pergi ke kelab malam sekerap dulu, malah dia lebih bertanggung jawab dengan wang yang dia ada serta berbelanja dengan lebih berhemah.

Sepanjang aku bersama dengan dia juga aku sering mendapat undangan konsert-konsert dan anugerah berprestij artis-artis Malaysia kerana Berd aktif dengan program Road Tour dan Promosi Artis. Dari Anugerah Era, Anugerah Bintang Popular dan juga Juara Lagu, ini juga disebabkan dia rapat dengan rakan-rakan media yang terlibat dalam beberapa program seperti ini.

Namun hubungan aku dengan Berd tidak dapat kekal lama dan kami putus beberapa kali atas sebab dan kesalahan kami sendiri. Aku tahu dia sayang aku teramat sangat sehingga pada satu hari dia secara mengejut datang kerumah aku yang pada waktu itu aku sedang tidur dengan lampu bilik tertutup dan hanya lampu diruang tangga menyala, tambaha pula ketika itu bilik aku menghadap jalan. Ketika dia datang mengejut tu aku mendapat instinct bahawa Berd datang dan secara automatik aku bangun dari tempat tidur dan menghadap jalan depan rumah aku maka terlihat kelibat Berd. Aku turun ke bawah membuka pintu rumah dan menyambut Berd namun penampar hinggap ke pipi aku. Aku terpinga-pinga kenapa tanya aku sambil mengosok pipi aku yang kebas. Berd menuduh aku tidur dengan jantan lain, katanya kelibat bangun tidur yang dia nampak tadi adalah kelibat skandal aku, beristighfar aku mendengarnya walhal kelibat itu adalah kelibat aku sendiri tertidur akibat sakit kepala dan demam.

1st time aku putus dengan Berd disebabkan tomahan dan cacian dari dia serta hasrat yang dia luahkan melalui perbualan telefon dan sms yang sangat-sangat menhancurkan hati aku, menangis aku sepuas-puasnya dan hanya ketika itu Ezmil merupakan tempat aku mengadu dan meluahkan perasaan aku. Berd mengatakan bahawa aku ini seorang yang keji, dan perangai macam hanjing, semua ini berdasarkan tanggapan yang serong dia terhadap aku, malah dia mengatakan bahawa tidak mahu lagi berjumpa dengan aku. Selepas dari itu tidak ada lagi penggilan telefon dan sms selama beberapa hari, hatiku yang hancur ketika itu menjadikan diri aku kebal dan tuli telinga aku. Malam itu aku menagis sepuasnya dan aku keluar dari Kuala Lumpur memandu sambil aku merokok dalam sekotak habis (walhal tidak ada guna aku merokok) menuju ke Seremban tanpa hala tuju. Aku berhenti dan berehat di tepi tasik berdekatan dengan Stadium, dan kebetulan aku ada mengenali seseorang di sana maka aku call dan aku ajak sebagai teman aku bersedih.

rokok-dunhil.jpg

After that dia minta aku menyambung semula hubungan kami sebagai pasangan dan aku akui aku memang masih menyanyangi dia walau pun hati aku agak sakit dan juga aku rasa selepas dari ini aku lebih berhati-hati dengan dia itu yang aku tanamkan dalam mind set. As usual hal ini hanya bertahan beberapa bulan dan sikap tuduhan melulu tanpa usul periksa kembali datang. Selepas dari itu aku memutuskan untuk mengangak dia sebagai adik aku rather than bf, pertama agar dia lebih bebas selepas ini, kedua dia harus belajar dari kesilapan dan perlu tahu bahawa cinta perlukan kepercayaan, dan ketiga aku akan terus menjaga kebajikan dia sebagai seorang adik walaupun aku bukan lagi bf dia.

Sehinggalah pada tanggal 14 February 2008 baru-baru ini Berd mengugut aku lagi dengan menghantar sms mengatakan dia tidak lagi mahu berkawan dengan aku lagi, menuduhaku pelacur kerana dia beranggapan aku ni melakukan sex dengan ramai PLU, juga mengatakan aku ini orang Johor yang hipokrit dan penipu serta ingin memulangkan semua barang-barang yang pernah aku berikan pada dia. Hati aku sangat sedih dan ketika itu aku bersendirian di rumah dan sedang bertungkus lumus untuk mendapatkan kod verification dari Breathflowers demi nak belikan sejambak bunga untuk adik aku itu.

Memandangkan ketika itu Ezmil agak sibuk dengan kawan dia maka aku tidak mahu membebankan diri dia, lalu aku hubungi abang angkat aku Zul Nazri yang akan aku ceritakan kelak siapa dia ini, kami keluar makan pizza sahaja sambil bercerita tentang masalah aku dan juga about program melancong di luar Malaysia.

Kini walaupun setelah apa yang dia dah buat aku tetap anggap dia adik aku memandangkan aku tidak ada adik lelaki lagi dan hanya ini sahajalah jalan untuk aku agar tetap mempunyai tanggungjawab menjaga kebajikan dia, to me biarlah apa sahaja dia nak cakap yang penting apa yang aku buat adalah demi kebaikan dia kelak.


Actions

Information

4 responses

26 02 2008
zamarulikhwan

ciannya.. sedih tul la.. naper la manusia kejam camtu.. org yg setia dibuang cam hanjing kurap.. org yg berscandal keliling pinggang dia sanjung cam kimaks…
klau dah bercinta tu paham la sendiri.. jgn ungkit kisah lama… jgn pikir sejarah lama.. yg ptg cuma pikir hari ini n masa depan jer la.. bodoh punya jantan… jantan tak sedar diri…. tahu la aku jolok lubang dia ngan penyapu nanti…

26 02 2008
daong

ntah la…

macam cita aku pon ada…….

8 04 2010
Ed

ermmm… kalo kakak cakap kang, adik adik terasa… kalo kakak diam, kata kakak kakak tak ambil berat pulak…tuduh kakak kakak melach ajeww…

tapi hairan lah… kenapa uolz tak bawak dia naik umah, check ada orang lain tak selain uolz?? macam tak biasa buat spot check masa kat kolej dulu, tangkap budak ‘squatting’… atau betul KOT ada orang kat bilik itewwwww???

*Demam? ada yang kalut tak nak bawakkan nasik utk uolz?? hahahahaha…

8 04 2010
confuseguy

ermmm nasi utk orang demam, macam aku pernah terlihat scene itu tp dimana yaaa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: