Movie – Anak The Movie 2008

23 02 2008

anak.jpg
Malam tadi aku dan Ezmil pergi menonton filem seram bertajuk Anak yang hanya dibintangi oleh beberapa pelakon utama seperti Erra Fazira, Ida Nerina, Philip Jusoff, Azizah Mahzan dan Rushdee Ramli di pawagan TGV Sunway Pyramid jam 9:30 malam.Filem ini adalah produksi dari Boxlite Film dan ia merupakan filem pertama keluaran mereka, dan filem anak adalah merupakan filem seram yang mengisahkan Nita (Erra) yang mengalami trauma kisah silamnya dan oleh sebab trauma itu dia melalukan beberapa percubaan membunuh diri sebagai satu jalan penyelesaian untuk masalah dan gangguan yang Nita hadapi. Nita ketika itu tinggal bersama dengan sepupunya bernama Kay (lakonan Ida Nerina) dan setelah itu dia sering didatangi mimpi buruk yang sama berulang kali dimana dia sering melihat kelibat kanak-kanak berusia sekitar 5 tahun di dalam rumah itu namun hal ini hanya berlaku pada diri Nita sahaja di awal cerita. Apabila Nita bercerita perihal ini pada Kay dengan cepat Kay segera mengatakan ia adalah merupakan imaginasi Nita dan meminta Nita berjumpa dengan pakar sakit jiwa. Jelmaan kanak-kanak yang sering berlaku menyebabkan Nita keliru sama ada ia adalah benar-benar berlaku atau pun hanyalah halusinasi.Ida Nerina pula melakonkan watak seorang model yang berjaya namun karierr menurun kerana faktor penuaan. Dia membawa watak model yang bergaya, angkuh dan segalanya nampak sempurna. Beliau merupakan seorang yang mementingkan diri sendiri dan membuat perjanjian dengan beberapa orang lelaki yang diketuai oleh Issac (Rushdee Ramli) dan juga Mak Mek (Azizah Mahzan) sorang dukun Siam. Demi memastikan kerjaya Kay terus memuncak dia terpaksa memastikan keterampilan dia lebih baik dan untuk itu dia terpaksa mempergunakan Nita untuk mendapatkan Janin dan diserahkan kepada Mak Mek.Namun setiap benda ada price that you have to pay, Mak Mek ketika hayatnya telah memberi amaran bahawa barang ini akan terus mengikut sepanjang hayat dan tidak ada jalan kembali. Atas pesetujuan dan bulatnya hati Kay maka upacara spiritual itu berjalan dan pantangnya adalah Janin ini perlu sentiasa berada dekat dengan ibunya dan setiap kali bulan penuh ia perlu di beri darah ibu sendiri.Untuk dasar itu maka ketika Nita berpindah rumah keluar dari rumah Kay maka Kay secara diam-diam telah meletakkan janin tersebut di bawah katil Nita agar ia dekat dengan ibunya.Filem ini juga turut menampilkan aktor dari Indonesia yang baru berlakon 2 filem iaitu Philip Jusoff sebagai Dr Amar yang merawat Nita. Beliau bukanlah seorang yan percayakan kepada hal-hal spiritual namun hanya mengetahui hal sebenarnya apabila dia berjaya mengekori Kay kerumah adik kembar Mak Mek ketika Kay meminta tolong Mak Mek agar mengusir roh kanak-kanak ini dari hidupnya.

Untuk menegetahui apa yang bakal berlaku saksikan filem ini di pawagan berhampiran, aku bagi 3.5 bintang dari 5 bintang.

gallery6.gif

gallery5.gif

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: