Ryan – Pengorbanan Cinta

23 02 2008

Aku mengenali Ryan (nama glamor) tatkala aku kesepian dan kesedihan dengan hubungan aku bersama Berd, namun aku akui kesilapan aku adalah kami bertemu beberapa kali dan terus memutuskan untuk bersama dalam masa yang begitu singkat. Namun walaupun demikian rupa bila aku fikir kembali semua ini berlaku atas kehendak Pencipta, kerana akiu belajar erti kasih sayang dan pengorbanan cinta demi kebahagian orang lain. Disamping itu aku turut belajar bahawa dalam perhubungan baru ini aku tidak perlu di kaburi oleh orang lama, yang turut mengugat hubungan cinta aku dengan Ryan.

Perhubungan kami berjalan hanya menjangkau 3 bulan sahaja. Aku korbankan cinta aku walaupun ketika itu kami ibarat retak menanti belah namun aku masih ada perasaan pada Ryan. Bibit pengorbanan ini bermula ketika aku pergi ke La Queen atas desakkan Admir yang menjadi rakan aku dulu dan bekerja di Malaysia Airlines System KLIA, juga secara kebetulan atas pelawaan Ryan kerana rindu pada aku katanya. Aku sampai di La Queen dalam jam 11 malam macam tu dan berjumpa dengan Ryan dan rakan-rakan dia di kedai makan hadapan Wisma Hong Leong. Aku juga menantikan Admir sampai namun dia kata kelewatan sikit, maka kami semua masuk dulu ke dalam club dan aku biasalah lambat panas enjin, dalam 1 jam lepas tu baru aku rancak berdansa itu pun setelah admir sampai. Aku akui ketika aku berdansa di tingkat atas tu aku berdansa berdua dengan Ryan dan aku bagai tak ingat dunia, si Admir pula berdansa dengan rakan Ryan.

Aku ingat lagi setelah jam 3 pagi kami bersetuju untuk pergi minum di Restoran mamak Pelita berdekatan dengan KLCC dan aku pergi bersama Admir satu kereta while Ryan dan 3 lagi rakan dia satu kereta. Ketika perjalanan itu Admir sempat bertanya pada aku bahawa dia berminat dengan Ryan dan bertanya sama ada aku ada apa-apa relationship lagi ke tidak dengan dia, aku akui ketika itu aku blur dan terkejut serta tidak tahu apa yang perlu aku cakap, hubungan aku dengan Ryan ketika itu memang retak menanti belah namun aku masih ada perasaan pada dia, perlukah aku menipu atau ceritakan hal sebenarnya. Namun again segala berlaku atas kehendak dan kudrat Pencipta maka terpacul dari mulut aku “Sekiranya kamu benar-benar berhajat dengan dia kamu harus bertanya pada empunya badan”, aku tak mampu berkata lebih lagi segalanay aku serahkan pada Ryan, Admir juga meminta aku nombor telefon Ryan namun aku relutant untuk memberi malah aku minta dia bertanya sendiri pada Ryan.

Malam itu Ryan dan Admir duduk bersebelahan dan setelah keluar dari Pelita, Ryan menarik aku ketepi dan bertanya adakah Admir mahu masuk line dengan dia dan dia sebenarnya tidak suka pada Admir, hanya apa yang aku mampu buat adalah mengiyakan sahaja. Ketika saat itu aku dapat lihat air mata dia bergenang dan aku ucap kepala dia dan aku dakap dia sekuat hati walaupun dikawasan agak terbuka tapi kerana kasih aku ikhlas aku ketepikan semua itu.

Setelah beberapa hari berlalu Ryan menelefon aku meminta aku mengambilnya di stesen keretapi Batu 3 Shah Alam, kerana dia nak ambil semua barang-barang di rumah katanya, aku dah rasa tak sedap hati namun aku kuatkan semangat. Aku tunggu beberapa minit dan dia timbul di entrance stesen keretapi dan masuk ke dalam kereta aku, sambil berbual mengatakan dia dah nekad berhenti kolej dan mengambil keputusan untuk bekerja sebagai broker saham di Kuala Lumpur, hal ini aku tidak persetujui namun aku redhakan agar dia berani mengambil risiko. Malam itu kami baring bersama buat kali terakhir dan menghitung apa salah dan silap kami. Menurut Ryan kawan baik dia satu kolej akan mengambil dia di rumah aku dan bawak dia stay dirumah nya buat sementara waktu, aku mengiyakan sahaja sehinggalah pada jam 11 malam macam tu aku terkejut melihat kereta Proton Satria Admir yang sampai, kini segalanya telah terjawab bahawa Ryan secara senyap-senyap telah mengambil keputusan untuk tinggal dan hidup bersama Admir.

Saat itu hanya linangan air mata sahaja yang mampu aku berikan dan hati aku tertanya kenapa ini yang Ryan pilih, namun aku redhakan demi kebahagiaan dan kegembiraan dia. Sebelum berpisah aku dakap Ryan di hadapan rumah dan aku berpesan di telinganya agar jika ada sebarang masalah jangan segan telefon aku dan jika perlu apa-apa just voice out.

Admir pula datang ingin mendakap aku, dan aku dakap dia sebagai kawan dan aku pesan pada Admir “AKU HARAP KAMU JAGALAH RYAN DENGAN BAIK, DIDIK DIA AGAR DIA MENJADI ORANG YANG BERGUNA, JANGAN SALAH GUNA APA YANG KITA ADA DAN AKU HARAP JIKA KAMU ADA MASALAH DALAM PERHUBUNGAN JANGAN BUANG DIA SEPERTI SAMPAH TAPI PULANGKAN PADA AKU SECARA BAIK, SEBAGAIMANA KAMU AMBIL DIA BEGITU JUGA KAMU PULANGKAN PADA AKU”, Admir menganguk dan air mata aku jatuh mengiringi pemergian mereka.

Malam itu segalanya berakhir dan aku akhirnya tertidur dalam jam 5 pagi.

 

 

 


Actions

Information

3 responses

29 02 2008
amy ikram

good la your punya story.. sedih sgt.. kalau buat drama bersiri ni best ok.. ada feel aku baca..

8 04 2010
Edlina Bahari

kakak sayu uolzzz… kakak ni jenis mudah tersentuh… tapi takder lah memegang tahta “Neng Yatimah – Ratu Air Mata 60an”… kakak sedey part yang main bisik-bisik kat tinge tu…

Drama bersiri kewww? meh bisik kat tinge kakak ni!

*seb baik bisikkan tu tak berbunyi “la’illahailallah”…

8 04 2010
confuseguy

tobat baca komen hang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: