COMOLOT 2007 – Filem Gay Malaysia

24 02 2008

Pernahkah anda menonton filem pendek COMOLOT yang cukup kontroversi dan ia telah ditayangkan di MIA Arthouse (behind nasi kandar Pelita dan berdekatan dengan KLCC) di alamat 153, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Tayangan filem ini telah diwarwarkan di dalam laman web myspace comolot oleh pengarahnya sendiri iaitu saudara Amy Ikram Ismail, dan juga Guys for Men.

Filem ini mengisahkan realiti kehidupan masyarakat kita di Malaysia dan ia memang benar-benar berlaku, sekiranya anda betul-betul menyelami dunia ini dan bergaul dengan PLU anda akan tahu realiti kehidupan kini. Aku dapat lihat banyak orang mempertikaikan kenapa Amy Ikram membuat filem yang tidak bermoral ini dan ia ibarat sampah, namun aku cukup tidak setuju dengan tomahan ini. Bukan disebabkan aku seorang PLU aku menyokong filem ini tidak sama sekali, namun komentar aku adalah berdasarkan pandangan dan perspektif industri perfileman Malaysia.

Kita di Malaysia terlalu hidup di takuk lama, itulah faktor utama filem kita tidak mampu pergi jauh di sebabkan pemikiran di tahap ortodoks. Apabila memperkatakan perihal filem kita sering terbayangkan nilai-nilai murni, masyarakat yang baik dan harmoni serta segala serba serbi sempurna, namun pernahkah anda terfikir perkara lain juga sebenarnya wujud. Dunia kita sebenarnya tidaklah semanis yang digambarkan dalam rata-rata filem stereotype Malaysia. Rata-rata ending filem Malaysia kita boleh tahu dan agak di awal cerita lagi, namun demikian aku sanjung beberapa pengarah filem yang mampu berfikir diluar ruang lingkup ini (think out of the box).

Filem-filem kita kini perlulah menceritakan apakah hal sebenarnya yang berlaku dalam masyarakat bukanlah hanya bertopengkan kemanisan tetapi sebenarnya berulat, kita tidak perlu menjadi seperti talam dua muka atau pun hipokrit. Ceritakan sahaja apa yang berlaku dalam masyarakat kini agar kita dapat mengubah dan menghitung dimanakah kedudukan kita. Bayangkan jika kita disogok dengan cerita yang segalanya sempurna sudah tentu kita akan rasa kini tamadun kita telah berada di kedudukkan yang selesa, walhal hamprak.

Diluarsana kita dapat lihat banyak artis-artis terutamanya wanita merokok, free hair, berpakaian seksi, mengamalkan seks rambang, seks sesama sejenis dan mempunyai masalah dengan ibu bapa, tetapi dalam filem keadaan dan juga pelakon it sendiri digambarkan sebagai sungguh sempurna, baik, solehah, tidak meningalkan solat serat bertudung litup. Begitu juga dengan pelakon lelaki, banyak juga yang saya dapat tahu pelakon lelaki mengamalkan seks sejenis, minum arak, berfotya-foya dengan perempuan dan gemar bersosial, namun di dalam filem mereka menjadi alim ulama dah seorang yang bertanggungjawab kepada keluarga dan bangsa.

Oleh itu sebelum mengutuk filem orang lain kita patut lihat dari perspektif :

  1. mengapa sesuatu filem yang bebas itu dikeluarkan
  2. mengapa ia menceritakan banyak hal-hal negatif
  3. apa yang boleh kita pelajari dari filem itu
  4. adakah ini realiti masyarakat kita
  5. bagaimana kita mampu mengatasi hal-hal ini dari berlaku

Walauapa pun aku memberikan ucap tahniah kepada Amy Ikram Ismail kerana filem pendek yang berani diketengahkan, walaupun saya sebagai penonton tahu banyak hal yang boleh anda pertingkatkan namun saya akui ia bukan satu perkara yang mudah untuk anda lakukan dalam mengeluarkan filem pendek yang penuh kontroversi ini di tengah-tengah masyarakat yang ortodoks, hidup di bawah tempurung dan tidak mahu menerima kenyataan.


Actions

Information

One response

26 02 2008
zamarulikhwan

ermm best r citer ni.. tapi camner nak dapat yg ori.. nak simpan n nak tonton bersama org yg tersayang bersama2 didalam bilik… tlg la bg tau camner nak dapatkan cd citer ni???

apa2 pun tahniah n mmg tindakan berani kerana dapat menerbitkan citer ni.. so touching… hu hu hu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: