PLU Life – 5 March 2008

5 03 2008

Hari ini aku terbangun awal sikit sekitar jam 4:30 pagi, dan aku terduduk seketika dan termenung ke arah glass sliding door. Baru aku sedar aku tertidur di ruang living room dengan Astro terpasang channel AXN, notebook pula terpasang dan laman web Myspace, Guys 4 Men, Faceparty, Blog Google, dan juga blog Colors Of PLU.

Lamunan aku terganggu dengan bunyi bising di bilik office, aku bergegas ke belakang dan ku tengok kucing memanjat masuk ke dalam rumah aku ikut tingkap office, aku aper lagi pantang kucing masuk ke rumah nak-nak kucing asing, aku hambat then dia masuk balik ke ofis panjat tingkap hingga atas sekali, pastu aku gertak dia lompat lari ke dapur, masa tu aku tengok office aku dah berterabur lagi la hangat hati aku. WiFi router terbalik, camcoder aku jatuh, fax machine aku beralih tempat, printer pun beralih, paper A4 berterabur dan keyboard jatuh. Goshh this cat tak habis asyik masuk rumah bertujuan nak selongkar bakul sampah. Aku hambat kucing tu dia lari pipanjat tingkap dapur plak, nasib baik kat atas sekali tu ada tingap kecik terbuka, so dia lepas….aku jamin pasni kucing tu tak berani lagi datang.

Aku kembali ke notebook, aku off kan Astro dan TV. Aku write sumthing kat faceparty untuk hantar message to someone that I knew, just luahan perasaan aku itu saja, but the rest I leave it to that person.

So aku lepas tu tertidur sekejap sehinggalah Ezmil datang mengejutkan aku, dan kebetulan dia pun demam so dia nak mandi air panas katanya. Sementara tu dia baring kat sebelah aku di living room sambil mengadu masalah dia regarding hubungan PLU kat aku, aku mendengar dan mana yang patut aku bagi pandangan aku. Hari ini aku pi lambat sikit kerja nak siap kan paper work. Dalam jam 1030 pagi baru aku kuar rumah dan menghala ke MAS Kelana Jaya pasal aku ada appointment there. Lepas tu aku chow ke MAS Subang Airport juga ada few site visit, aku spent dalam 1 jam there then gerak ke Seksyen 18 Shah Alam, dengan hajat nak deposit kan duit kat dlm bank Maybank few thousand and terlanjut tu buat sekali new Maybank Bank card pasal kat ATM aku ni dah nak patah nanti tak pasal2 aku tak leh whitdraw duit, alah just kene charge RM12 ja.

Masa perjalanan aku ke seksyen 18 Shah Alam tu aku melalui Kolej Inpens dan ketika itu la hati aku menangis seesak-esaknya pasal teringatkan someone there. Dia aku kenal kat G4M dan dia memang baik dan nice, just dia bawah umur baru 20 so aku takut sikit nak rapat sgt budak bawah umur, I was thinking nak kekenal dia dulu tu just alasan la while actually tunggu dia cukup umur. We dating few times but unfortunately aku tak sangka rupa nya ada satu hari tu merupakan hari terakhir aku dating ngan dia. How do I know ? pasal aku keep sms dia call dia sume tak angkat or reply, last sekali aku tawakal msg dia kat friendster lama gak la baru dia reply dekat sebulan. Rupanya dia dah ada someone dan orang tu tak mahu dia contact sesapa dan email or msg sesapa pasal takut kene caras, well aku hanya pasrah dan berdoa untuk kebahagiaan dia. Actually I really like him but takpe la bukan jodoh untuk aku bersama ngan dia, just ralat sikit pasal aku takut dia bawah umur dan aku tunggu hingga dia cukup umur rupanya dia di sambar orang lain…..tak pe maybe dia bukan la terbaik untuk aku, I always believe that but ye la…aku tetap sedih sangat hingga la saat aku menulis blog ini. Untuk itu aku letak la pic dia tapi aku edit sikit untuk hide identity dia pasal aku tak mo kalu BF dia nampak nanti dia tuduh aku perampas plak, this just meluahkan rasa hati aku itu saja.

unknow-person.jpgunknow-person2.jpg

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa pun aku teruskan memandu laju setelah melepasi Unisel/Inpens tu, walaupun air mata masa tu mengalir sikit tapi mujur aku bawak laju so pemandu lain tak berapa nampak aku. Aku menghala ke seksyen 7 mencari kedai nak buat business card dan jumpa satu kedai tu tapi siap esok pagi bukan hari ini. So aku pun proceed je la masal nak pikir panjang, dengan harga RM22 for 100pcs ok la tu print depan belakang plak tu…on jerrrr..

Settle urusan aku di Maybank seksyen 18 Shah Alam aku menghala ke KLIA nak amik abang angkat aku yang baru sampai dari Beijing atas urusan kerja, aku pun malas nak tunggu lama kat tepi hotel Pan Pacific so aku part je kat dalam kompleks KLIA, mujur aku sampai dalam jam 3 pasal dia touch down dalam jam 3:15, tertera di skrin MH0307 Beijing Landed ETA 3:22.Aku tunggu dalam 1 jam gak la di Meeting Point arrival hall, fuhh teruk gak pengurusan bagasi KLIA ni lambat….

Dia kuar dari arrival ngan muka senyum ja wakkakakaka pastu aku tarik troli dia masuk lif turun ke parking area, aku drive hantar dia ke rumah pasal nak tolong settlekan kete KIA dia yang dah lama tak bergerak and plan nak tolong angkut tong minyak and isi minak kete, tapi rupanya kete dia dah ok and minyak telah di isi probaly oleh si Joe housemate dia.

Dalam jam 5:30 aku pun chow balik rumah, sebelum tu dia bagi aku cenderahati replica The Great Wall dan Coklat Hershey’s. Dalam perjalanan balik tu aku terfikir pasal someone yang aku msg kat faceparty tu tah dia dah baca ke belum msg tu. Tetiba telefon aku berbunyi, dan rupanya dia yang call tanya pasal plan trip ke Bangkok.

Sampai dirumah jam 6:15 ptg macam tu……apa pun aku still tersentuh hati bila melihat pic dia dan mengenang saat aku spent time sama ngan dia, tu la aku sekarang agak risau kalu nak hold relationship lelama, yela declare cepat sgt pun bahaya, tp pada aku we have to put status seing someone so that others tak kacau bakal pasangan kita tu walau dalam tempoh perkenalan or probation period katanya…to Addy hope you know why some times I’m a bit harsh pasal my pass experience thought me everything, afraid losing you macam tu ja but aku tak risau being rejected dlm tempoh perkenalan when u ckp terus terang face to face.


Actions

Information

2 responses

8 04 2010
Edlina Bahari

ermmm… Eh! uolz nama apa yek? Owh Leo… tak banyak kakak nak cakap…dengar yea…

kalo dah selalu sangat kecewa dalam perhubungan ni, better hentikan jelah niat nak mencari Mr. Rite itewww… kalau kakak kat tempat uolz, kakak pasti dah ditempatkan di wad sakit jiwa…

*kakak jenis meracau sket… ala ala rasukkan casablanca.

8 04 2010
confuseguy

rasukan casablanca?? ermm bahasa kasarnya meroyan kan takkpun ala ala pecah tembuni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: