The Love of Siam – 2007

23 04 2008

Dari kiri (nama mengikut watak filem) : Yin, Mew, June, mak Tong, Tong

Aku download filem ini dari portal gay torrent dan disebabkan byk seeders dan leeches so process download filem ini yg bersaiz hampir 2GB hanya memakan masa 1 hari sahaja.

Filem ini pada aku setelah aku tonton sangat menyayat hati dan dua kali aku tgk dua kali aku mengalirkan air mata terutamanya scene Tong (Mario Maurer) dan Mew tidur bersama di rumah Mew dan Mew meletakkan kepala di dada Tong. Bukan aksi itu yang buat aku sedih tapi sebaliknya perkara yang Tong membenarkan Mew meletakkan kepala di dadanya setelah Mew menceritakan kehidupan dia hidup bersendirian selama 5 tahun setelah kematian neneknya dan di tinggalkan oleh Ibu bapanya. Ketika itu juga dia tidak mempunyai kawan yang rapat untuk meluahkan isi hatinya melainkan di curahkan dalam bait-bait lagu yang Mew karang.

Scene kedua yang buat aku sangat sedih adalah scene last sekali bila Tong memberitahu Mew yang dia tidak boleh menjadi BF kepada Mew but tidak bermakna dia tidak sayangkan Mew, dia akan sentiasa menyayangi Mew. Ketika itu Tong sempat menyampaikan hadiah iaitu berupa sebahagian dari bahagian patung (hidung patng kayu) yang merupakan pemberian Tong kepada Mew semasa zaman kanak-kanak dulu. Hidung patung kayu itu hilang ketika zaman kanak-kanak Mew dan Tong bersama. Ketika Mew menerima hadiah itu dan juga luahan hati Tong tu dia kelihatan tabah dan masih mampu tersenyum. Bila sampai dirumah Mew melepaskan segala kesedihan dalam hati dia dengan menangis teresak-esak. Babak ini sangat menyentuh aku kerana aku dapat rasakan Mew bebetul menyelami wataknya dan air mata yang mengalir adalah yang lahir dalam hati dia.

Watak:

  1. Bapa Tong
  2. Tang (kakak Tong)
  3. Tong
  4. Ibu Tong
  5. Mew
  6. Nenek Mew
  7. Yin (Jiran Mew, juga kawan kepada Tong)
  8. Donut (GF Tong)
  9. August (Band Music Mew)
  10. June (Manager August/ iras Tang)

Plot:

Kisah ini merupakan persahabatan dua kanak-kanak lelaki di negera Thailand yang sangat rapat, Tong apabila sekembali dari bercuti di Chagmai telah membelikan Mew patung badut kayu yang mempunyai bahagian badan yang boleh di asingkan. Untuk menyampaikan hadiah itu Tong telah membuat satu permainan ala treasure hunter, dimana Mew terpaksa mencari bahagian-bahagian patung itu di beberapa tempat berdasarkan klue yang di temui setiap check point hinggalah ke satu bahagian paling akhir iaitu hidung patung dimana Tong menyembunyikan ia pada sebatang pokok, namun setibanya di situ pokok itu sedang di tebang dan hidung patung gagal diperolehi.

Tang Kakak Tong pula mulanya pulang lewat dari Chagmai kerana mengikut kawan-kawan jungle trecking namun akhirnya didapati hilang di hutang akibat tersesat dan gagal ditemui. Akibat terlalu sedih bapa Tong tidak dapat mengawal perasaan dan menjadi kaki minum dan tabiat ini tidak hilang walaupun mereka mengambil keputusan berpindah rumah untuk melupakan memori lama. Akibat berpindah maka Mew kehilangan rakan baik dan dia hidup bersama neneknya, namun tidak lama kerana nenek nya meninggalkan dia sendirian selamanya.

Setelah masing-masing remaja mereka terjumpa semula ketika Tong mencari CD single kumpulan August dan dari situ dia mengetahui bahawa penyanyi adalah rakan baik dia dulu dan dari situ bermulalah bibit kasih sayang yang juga tercetus akibat dari masalah dan pengabaian keluarga dari pihak keluarga Tong dan juga kehidupan lonely Mew.

Tong juga tersepit antara kemahuan hidup dia dalam menentukan hala tuju diri dia sendiri, kemahuan teman wanitanya yang sentiasa memaksa dan mahukan perhatian, kewajipan menjaga keluarga yang terganggu akibat sifat kaki minum bapa Tong dan kehilangan kakaknya Tang. Kemahuan ibu Tong yang menyeru agar Mew tidak lagi menghubungi Tong, persoalan di benat Tong mengapa Mew tidak mengangkat telefon dan mendiamkan diri darinya.

Untuk yang lanjut sila tontong sendiri.


Actions

Information

3 responses

28 04 2008
mieza

hye tuan punye blog..=) tgh boring2 surfing terjumpa blog u ni..sonok baca citer2 u..v sincere writing..keep it up kayy..im gonna be your blog reader from now on hehehe..^_^

17 09 2008
mew

bes la blog TT ni.. walaupun da tgk muvi tu tp lg bes klu dpt bca sinopsis yg TT bg ni.. cuba TT bg maklumat kit TT actor tu.. betulka diorg tu gey?

1 03 2009
baboon^albino

salam singgah…nice blog,but i think this film was the best(for me..of cos).i enjoy every minute of it,from the beggining of their friendship,masa dekat sekolah,and so on la….oh,i mcm geram tengok part mew dikenakan kwn dia sewaktu latihan pertolongan cemas tu…uish!!mamat tu memang tak guna,walaupun dia hensem,tapi,tak patut buat gitu(walaupun pengarah yg suruh…ahaha)..
anyway,maybe u’ve heard yg both of them disatukan semula in this movie..4romance..4 gabungan cerita..and both of them kembali sebagai kapel.but,i haven’t seen it yet,although the review was very negative…ouch!!
oklah bro,keep up the good work,i love the way u write..seriouslly.enjoy every bit of it…keep it up,k.
salam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: