PERIHAL PENULIS

Aku adalah insan yang lemah dan percaya setiap apa yang berlaku dan terjadi adalah atas kehendak yangPencipta.

Aku sentiasa fikir setiap apa yang terjadi ada hikmah yang perlu kita hitung dan pelajari agar kita tidak silap lagi kelak

Aku sentiasa beri apa yang termampu untuk kebahagiaan orang yang aku sayang dan kenali

Aku sentiasa menyayangi orang yang tersayang dan juga sesiapa saja yang pernah berdamping dengan aku walaupun ada ketika dan waktunya aku seolah-olah tidak ambil pusing, kerana aku sengaja membiarkan kamu belajar untuk hidup sementara aku memandang dari jauh

Aku sentiasa mengangap manusia itu adalah sebaik-baik ciptaan tidak kira apa rupa dan perwatakkan, kerana semua mahu kepada yang sempurna, oleh itu di sisi manusia wujudnya istilah ‘level’ tetapi tidak pada Pencipta

Aku sebolehnya bergaul dengan semua peringkat manusia tak kira patah, lurus, bengkok, gemuk, kurus, hitam, putih, dan apa saja kerana dari situ kita dapat menilai erti kehidupan dan belajar suka duka kehidupan orang lain agar kita lebih matang

Aku adakalanya mementingkan diri aku sendiri dalam hal-hal tertentu

Aku tidak mudah menghukum dan mengatakan sesuatu terutamanya perihal yang melibatkan perhubungan sesama manusia, agama, bangsa, emosi, maruah, dan harga diri sebelum aku yakin ia terbukti benar berdasarkan info dari pelbagai pihak bukan satu pihak.

Aku sebolehnya mahukan situasi menang-menang dah pada aku tidak ada erti kekalahan sebab yang terkebelakang adalah juga yang bakal berjaya kelak.

Aku percaya apa yang aku buat untuk diri aku kerana hanya aku sahaja yang mengetahui apa yang aku buat untuk diri aku tanpa aku mengabaikan dalam menjaga kebahagiaan orang sekeliling aku walaupun di awalnya dan pada zahirnya ia tampak begitu.

Itulah aku cantik tetapi tidak kekal lama ibarat pelangi petang, kerana aku tunduk pada kehendak Pencipta

pelangi petang

 

13 responses

6 03 2008
bibomedia.com

🙂

4 04 2008
Reyn

Helo hai… i reyn from Brunei. I nak tanya.. mana nak beli DVD atau VCD filem comolot. I baru saja surf kat internet.. Then i saw ur blog.

Hope u can reply me asap! thanks

Reyn

20 06 2008
Louie

nak tau kamu yang mana satu ek..ada pic tak.. ?

29 06 2008
naim

nice comolot..br perasan ade..cm best..cmne nk dpt dvd

10 07 2008
HANAFFI OMAR

i dah tengok promo comolot. kat mana ada jual dvd?

10 07 2008
confiusguy

HANAFFI OMAR: Maaf saya pohon kerana DVD comolot mmg so far tidak ada di jual di pasaran atau pun melalui orang perseorangan, di sebabkan ia hanyalah merupakan filem pendek sekitar 10 minit, adalah tidak praktikal bagi pengarah muda kita (saudara Amy Ikram) untuk mengeluarkan video tersebut dlm bentuk DVD.

Apa yang hanya anda boleh lakukan adalah mendownload video tersebut dr YouTube dan simpan dlm cd. Sila semak laman web you tube kerana ada video yg telah diupload kan namun ia bukan yang terkini dan terbaik (tidak mendapat sentuhan terakhir Amy Ikram) sila lawati blog beliau di http://www.youtube.com/comolot2007

11 07 2008
HANAFFI OMAR

I DAH LAYARI WEBSITE YOUTUBE TU SUSAH SANGAT NAK DAPAT TENGOK. APA PERLU SAYA BUAT.

11 07 2008
confiusguy

download program ini dan ikut arahan selepas meng’install’ software ini, ia membolehkan anda mendownload video dr You Tube ke hard disk anda, namun anda hanya boleh berbuat demikian sehingga August 2008 ini sahaja, selepas itu tidak lagi dibenarkan mendonload video You Tube

http://dw.com.com/redir?edId=3&siteId=4&oId=3000-2071_4-10574801&ontId=2071_4&spi=64bb1ff61956ebe33473f14b6ad884b8&lop=link&tag=tdw_dltext&ltype=dl_dlnow&pid=10607323&mfgId=6286174&merId=6286174&destUrl=http%3A%2F%2Fwww.download.com%2F3001-2071_4-10607323.html%3Fspi%3D64bb1ff61956ebe33473f14b6ad884b8

10 10 2008
sofi

blog hopping from sofi…best la blog ni, ruginye sofi baru jumpe huhuhu..feel free to visit my page

7 04 2010
Ed

aku lagi rugi… baru dua tiga hari lepas aku jumpa blog ni… kalo tak dah banyak kisah aku jadik tauladan kat blog ni…hahahaha.. anyway Min, aku nak kongsi kisah aku lak near future kat sini…

*itupun kalo tuan tanah tak kekwat kot…

8 04 2010
confuseguy

i tak kekwat, i ok saja, membantu adalah suatu yg mmg kerja aku

7 04 2010
Ed

Wrote by Tuan Tanah – “Aku tidak mudah menghukum dan mengatakan sesuatu terutamanya perihal yang melibatkan perhubungan sesama manusia, agama, bangsa, emosi, maruah, dan harga diri sebelum aku yakin ia terbukti benar berdasarkan info dari pelbagai pihak bukan satu pihak.” – aku dah KANTOI dah… TT dah tau siapa aku dari dulu…sajer takmo bukak mulot!

8 04 2010
confuseguy

welll aku pun tak mahu mengganggu privasi orang lain, they have their rights, jika dia nak berubah insyallah boleh tu semua keje yang Pencipta, qada dan qadar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: