Bila Cinta Sudah Tiada

Assalamualaikum wtb,

Hari ni tuan tanah minta lagi saya memberi ulasan mengenai “rejection”..1stly thanks tuan tanah sebab percaya pada bakat penulisan saya. Insyallah saya kan cuba buat yg terbaik mengupas isu ini..

Sebelum itu tuan tanah ada memberikan saya kisah bagaimana seorg adik ni sanggup berlapar kerana takut bila dia keluar membeli makanan dia kan dikunci diluar rumah oleh abg sayangnya..sedih saya mendengarnya, mengapalah wujudnyer manusia manusia begini..

Komen saya yg pertama ..pada abang2 yg seperti ini ..hentikanla perangai buruk kita ni..kesian adik adik yg innocent mencurah bakti tenaga kasih sayang dan yang utama pengorbanan buat kita. Bila cinta sudah menjadi benci, harus diingat bahawa pertemuan persahabatan yg terbina adalah atas kerelaan dua hati atas kehendak yang maha kuasa sebagai satu dugaan buat kita. Saya bukan ustaz tapi saya selalu melihat bahawa suatu hubungan selepas suatu pertemuan itu, terjalin ada sebabnya dan kita sebagai manusia biasa tidak tahu kenapa. Jangan la halau adik ex-sayang macam sampah.. Sebagai yg lebih dewasa kita sepatutnya lebih matang kalau cinta sudah tiada..tukarla hubungan yg itu kepada saudara seagama, kawan atau pun lagi mulia adik angkat. Sebab ingat kita masih bertanggungjawab atas segala pengorbanan yang telah adik adik lakukan pada kita juga. Mulia seorg abg yang melihat hubungan terbina atas dasar postif bukan sex semata.

Sebagai adik adik pulak, ingatlah bahawa hubungan PLU ni bukan hakiki.. bukannya kita boleh khawin dan ikat abg syang sampai mati. Sedalam mana cinta kita terhadapanya yakin la dia pasti akan tinggalkan kita juga. Tak kisahla kerna “Terpaksa Khawin” , “Bertaubat” dan yang paling saya tak suka “Terlalu Baik dan Tak nak mengecewakan awak”..

Adik adik kena sentiasa berfikiran waras abg sayang berkerjaya insyallah diaorg survive selepas perpisahan berlaku. Tapi adik? Belajar Tak lepas lagi kerja tak dapat lagi cam ner..? nak duduk kat mana.. bila kita kena halau? Sebab itu saya selalu mengingatkan semua termasuk diri saya “tak perlu berkorban Jiwa Raga Harta sepenuhnya”.. Kerana bila cinta sudah tiada kita sentiasa dalam kerugian..

Pada saya yg dah terlalu banyak mengalami rejection ni senang ja untuk menghadapinya ;

  1. Sentiasa berfikiran positive bahawa “dia bukan untukku”.. insyallah akan ada yg terbaik selepas dia.
  2. Mohon Kepada yg maha Esa agar diketemukan sorg insan yg bisa membimbing kita menbentuk kita menjadi isan yg lebih cemerlang. Tapi ingat jangan doa dapat “laki”.. Tak baik tapi mintala insan yg bisa membangunkan.
  3. Percayala bahawa hidup di dunia ni seupama roda. Hari ni hari kita di reject insyallah tuhan itu adil sebagaimana hatikita luka hari ini pasti dia akan mengalaminya juga di masa depan..Jangan berdendam.
  4. Jgn bersendirian, Keluarla bersama teman teman. Kalau dulu kita punya teman dan di tinggalkan sebb pengorbanan kita pada abg syg maka cari kawan kawan baru.
  5. Simpan semua barang barang pemberiannya did lam peti letak jauh jauh..
  6. Elakkan buat sementara tempat tempat indah masa mula berkenalan gan abg syg kita..
  7. Yang paling utama Doakan kebahagiaannya kerana insyallah setiap doa yg kita berikan kita juga mendapat kebaikkan nya..
  8. Mulakan hidup yg baru dan sentiasa berfikiran terbuka bahwa kita sudah bebas tuk berkawan gan siapa saja.
  9. Belajar dari kesilapan lalu dan jangan ulangi pengorbanan sia sia itu.

Sebagai kata penutup, bacalah tulisan pertama saya, harap adik adik bisa mendapat iktibar dari pengalaman ini. Saya cuma insan biasa yang selalu melihat penglibatan saya dalam dunia plu ini sekadar ujian Dari Allah yg ingin melihat bagaimana saya mengatasi dugaan nya. Percaya la adik adik dan abg abg sekelian bahwa kehidupan kita sebagai PLU ini lebih hebat masalahnyer di banding manusia biasa yg normal.

Apa jua yg saya tulis sekadar berkongsi pengalaman bukan untuk menasihati, kalian berhak untuk menerimanya dengan hati terbuka.

Ibnu Sabah.

010308

1057

6 responses

21 03 2008
epik

emmm memang betul aper yang ibnu kongsi ,,,setuju sgt ..

21 03 2008
confiusguy

harap-harap u guys dapat sumthing yang bermanfaat dalam mengharungi perjalanan insan PLU ocayyy

cheerss and be happy

13 03 2009
pokazhimnelyubov

optimis je…….stiap orang ada ujian nya,,,so kita plak diuji dgn kehidupan yang macam ni……wht can we say only pray

7 04 2010
Ed

“Kerna Terpaksa aku Melangkah Pergi… Kerna Terpaksa ku Turut Kata Hati… Gementar Tubuhku Dengan Keputusan Ini… Biarpun Pedih ku Teruskan Jua” – feeling bawak beg tarik ala ala student AF tekeluar…

7 04 2010
Ed

“seorg adik ni sanggup berlapar kerana takut bila dia keluar membeli makanan dia kan dikunci diluar rumah oleh abg sayangnya..” – berlapar sebab takot di kunci ker atau kad kedit kene tarik balik?..

Tak patut lah sikap abg-abg macam tu… cuba letak diri abg tu kat posisi diri adk yang terpaksa berlapar tu? dulu masa sayang kemain suap menyuap makan… haru kan???
tapi kalo dah orang dah takmo lagi ngan kita dan mintak kita jauhi dia… ambil keputusan yang betul, jangan diri kita sendiri turut menambah seksaan terhadap lahiriah dan batin kita juga. Cari ruang, ‘cooling period’ is the best word yang perlu kita wujudkan untuk kita keluar dari situasi yang tak best tu… Jangan seksa diri sendiri! berdosa!

*mode – bekki tudung jap ala ala tudung Siti tapi beli kat Jalan Masjid India jer… Siti beli kat Harrods…

8 04 2010
confuseguy

kerongsanya beli di mana? harus di Mydin kan beli borong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: