Di usir dari rumah BF?

Saya menerima panggilan telefon dari seorang rakan yang baru saya kenal dan dia mengadu perihal masalah dengan pasangan hidupnya yang menghalau dia keluar dari rumah dan rakan saya keberatan untuk keluar kerana dia tidak ada tempat yang difikirkan sesuai buat masa ini dan juga kerana dia terlalu sayang pada pasangannya, dia sanggup tidak keluar rumah untuk selalu bersama dengan pasangannya dan khuatir akan rumah dikunci jika keluar rumah.

Saya nasihatkan dia agar bawa berbincang dengan pasangan beliau, mesti ada sebab kenapa sesuatu perkara berlaku, jadi berdiskus la dengan cara yang lebih profesional dalam menyelesaikan masala, jika pasangan anda marah-marah, maka anda perlu tenang ibarat api jangan kita simbah petrol, sebaiknya kita jadi fire extinguishernya. Jangan kedekut untuk kita bertolak ansur walau pun kita yang sering mengalah demi kasih sayang,sebab saya percaya ini adalah kunci untuk mengekalkan hubungan. Saya tahu kesabaran ada hadnya, jika anda sudah hilang sabar huraikan hubungan dengan cara yang baik walaupun anda atau satu pihak merasa sakit tapi lebih baik dari sakit hati sepanjang masa.

Ketika berbincang cuba dengar apa yang diperkatakan atau dipersoalkan dengan sabar dan tenang, bukan terus menerus memotong atau mencelah ungkapan pasangan anda, kelak jadi pergaduhan, dan jawab dengan baik tanpa emosi yang melampau dan tangan yang melayang. Saya percaya dengan ini anda akan membolahkan anda mengenal pasti di mana punca dan apakah cara untuk memperbaiki hubungan itu, dan saya juga percaya kesalahan adalah berpunca dari dua-dua pihak selalunya dan juga dari perasaan salah sangka serta cemburu tak tentu pasal.

 Jika anda dihalau keluar, maka anda harus tahu yang anda bukan dominan di rumah berkenaan. Oleh itu anda harus memikirkan apakah yang harus anda lakukan untuk mencari tempat tinggal sementara waktu. Saya percaya pada yang dah duduk serumah beberapa lama pasti ada few things yang anda commit dalam rumah itu seperti utilities atas nama anda, surat menyurat dan juga lain-lain perkara, maka bincangkan hal ini dengan baik dan katakan anda setuju keluar cara baik namun beberapa hal ini anda perlu pertolongan dia untuk beberapa minggu/bulan sehingga semua di pindah alamat.

Dalam mempertimbangkan hal ini juga anda harus cekal dan tabah, kerana ini adalah dugaan sebagai PLU, dimana perumpamaan matahari tak selalunya cerah dan hujan di tengahari adalah satu yang lumrah.

Saya ingin kongsi pengalaman saya berpasangan dan hidup serumah selama 6 tahun dan berkongsi saat indah dan duka bersama. Walau pun hubungan kami bukan lagi BF tapi dia tidak sama sekali menghalau saya keluar dari rumah, malah saya sendiri yang offer nak keluar rumah jika dia mahu, kerana sejak kami tidak bersama beberapa rakan PLU lain kenalan myEx itu sering bertanya kenapa harus saya duduk serumah dengan dia walhal kami tidak ada apa hubungan lagi, malah mereka sendiri yang menyarankan agar ex-BF saya itu mengusir saya dari rumah, mendengar hal itu dari luahan exBf saya menjadikan saya berfikir bahawa ada betulnya juga cakap rakan PLU beliau, namun perasaan itu ditegah oleh ex BF saya.

Ini kerana beliau mengangap saya sebagai adik kandung sendiri dan malahan saya telah mengenali seluruh keluarga masing-masing, maka tidak manis saya di campak ketepi just because berakhirnya hubungan PLU ini, sebab dia berpegang pada satu prinsip iaitu hubungan PLU tidak kemana tetapi hubungan saudara ibarat abang adik ini kekal hingga akhir hayat ibarat bagai air tidak boleh dicincang. Sehingga kini kami duduk serumah dan dia bebas berkenalan dengan sesiapa saja dan juga saya, namun kami sering bertukar pendapat dan berkongsi masalah baik masalah kerja, kelaurga malah juga PLU.

Bagaimana ini semua terhasil, kuncinya persefahaman, tolak ansur dan berbincang dengan cara yang profesional.

Oleh itu sekiranya anda tetap dihalau selepas heart to heart maka apa yang mampu anda lakukan:

  • cari rumah rakan-rakan terdekat
  • cari rumah sementara yang hampir dengan kolej / tempat kerja (kerana sejumlah wang maybe terlibat untuk menyelesaikan masalah hubungan anda yg putus itu i.e utilities / tuntutan semula atas pemberian sebelum ini)
  • packing barang-barang anda secepat mungkin kerana dikhuatiri emosi salah seorang tetiba bertambah ganas mengundang hal yang lebih buruk
  • hindarkan dari perasaan balas dendam kerana yang MAHA berkuasa berhak menilai
  • tanamkan dalam diri bahawa kelak anda akan bersendiri juga dan ia mengajar anda lebih cekal (itu lebih bagus)
  • beritahu rakan-rakan lain terdekat bahawa anda telah berpindah dan anda tidak lagi bersamanya (kerana khuatir rakan anda akan tersalah tanya pada si dia perihal anda dan mengundang pergaduhan)
  • tanamkan dalam diri anda perlu tumpukan pada pelajaran atau kerjaya untuk menjamin masa depan anda sendiri, kerana si dia bukan jaminan untuk anda berjaya
  • selesaikan masalah surat menyurat dan divert alamat dari yang sebelum ini sebaiknya ke kampung halaman hingga anda bebetul menjumpai rumah yang agak kekal
  • beberapa bil utilities seperti telekom or stremyx yang mempunyai kontrak harus di selesaikan dengan menghubungi telekom dan beritahu perpindahan alamat anda, jika masih belum cukup setahun anda harus membayar monthly usage selama setahun dan ini boleh di bicangkan dengan ex anda, cuba cari peyelesaian win-win, jika tidak maka salah seorang harus mengalah.

Insyallah berhasil, ini cuma nasihat dari pengalaman saya dan ia tidaklah dijamin berhasil kerana ia bergantung pada banyak faktor seperti respon dari pasangan anda dan juga keadaan / situasi anda sekarang.

 

3 responses

6 04 2010
Ed

“malah mereka sendiri yang menyarankan agar ex-BF saya itu mengusir saya dari rumah,” – apa jenis kawan daa…. nak celah bedah ker apa?

8 04 2010
confuseguy

kawan dia sebenarnya suka laki dia kot, caras mencaras la tu…

6 04 2010
Ed

“cari rumah sementara yang hampir dengan kolej / tempat kerja (kerana sejumlah wang maybe terlibat untuk menyelesaikan masalah hubungan anda yg putus itu i.e utilities / tuntutan semula atas pemberian sebelum ini)” – perlu tak pasang peguam utk backing diri kita? eh! Kosmo takkan jadikkan kes ini frontpage paper derang kan… kalo tak, malu family kat kampong..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: