Lama Berdiam Diri – Merempuh Dugaan Hidup PLU

Aku juga seorang PLU yang :

  1. ada kalanya melakukan kesilapan / khilaf
  2. memerlukan seseorang untuk berkongsi kasih
  3. memerlukan seseorang untuk meluahkan masalah dan teman berduka
  4. tahu bahawa dunia aku ini tidak kemana halanya, tiada masa depan
  5. seorang yang banyak menyimpan rahsia
  6. cuba untuk berubah dan memohon dorongan dari Nya
  7. seorang yang ingin mendapatkan teman yang memenuhi citarasanya sendiri
  8. berkeras melayan kerenah rakan-rakan dan menyenangkan hati rakan yang lain dengan harapan aku juga merasainya namun ia tidak berlaku
  9. sanggup berpura-pura suka demi menyenangkan hati orang lain namun aku sedar ia menyakitkan hati aku, aku terpaksa buat demi kesejahteraan orang lain

Aku juga mempunyai beberapa orang kawan dan teman rapat yang boleh aku kongsi pengalaman dan keperitan hidup PLU namun buat masa ini tidak ada antara mereka yang mampu menasihati aku dengan tulus serta mampu untuk melayan masalah aku, sebab aku tahu masing-masing ada masalah sendiri. Jadi aku macam mana, kepada siapa lagi harus aku luahkan, merintih hati dan benak aku namun akhirnya blog juga yang menjadi tempatnya. Agar rakan-rakan lain mengambil iktibar.

Rakan dan teman aku yang rapat ada 3 semuanya:

  • Razi – minggu ini ada masalah keluarga dimana salah seorang ahli keluarganya dimasukan ke hospital sebab mendapat penyakit yang berbahaya juga kiranya, boleh membawa maut. Juga ada sedikit masalah bersama BF nya dan kini sedang sibuk bercuti setiap bulan ke beberapa wilayah Indonesia bersama pasangannya
  • Man – sibuk dengan cuti-cuti di beberapa wilayah Indonesia dan masalah pasangan hidup
  • Ezmil – orang yang paling rapat dengan aku tapi aku tak dapat nak luahkan pada dia sebab dia ada masalah keluarga juga disebabkan ahli keluarganya juga ada yang baru keluar hospital akibat penyakit kronik dan kini dia menjadi banker kepada keluarganya, menjadikan dia tertekan ditambah pula dengan masalah di tempat kerja. Malah aku tak berani nak berterus terang dengan Ezmil masalah yang melanda dalam diri aku disebabkan sifat skastik dan early judgement yang bakal dilemparkan kepada aku kelak.

Akhirnya semuanya aku pendam sedalam-dalamnya, tiada teman tempat aku luahkan, kepala aku kini penuh dan tepu, sakit memikirkan masalah cinta PLU yang tidak kemana. Uban semakin banyak ditambah pula masalah syarikat aku dan juga proposal serta paper works yang perlu aku selesaikan.

Maaf introduksi terlalu panjang, ia merupakan satu mukadimah agar anda lebih mudah melakukan judgment setelah membaca luahan di bawah ini nanti.

-i will continue after this, its heavy and i begin to sleepy-

3 responses

17 09 2009
adam

ingat temu janji anda setiap lima waktu.
insyaallah.

2 02 2010
confuseguy

ye betul, sejahat mana pun tunaikan solat 5 waktu, saya berusaha tidak meninggalkannya, setiap kali keluar rumah saya berwudhu dan funny things saya terpaksa pakai sarung tangan kain ketika memandu akibat tidak mahu tersentuk tangan perempuan penjaga tol, saya di katakan micheal jackson

6 04 2010
Ed

rileks beb! sama jer kalo tak jalani hidup sebagai seorang PLU pun, mean hetroseksualpun, masalah sentiasa datang menduga… tinggal lagi cara kita tangani masalah tu yang penting… jangan risau! ko ada blog, apa lagi… tulih!!! at least leh jadi bahan bacaan kami utk nak layan sebelom tido…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: