Titian hidup ini…Nasihat buat abg abg

Salam tuan tanah,

Agak lama gak saya tidak menyumbangkan hasil pena dlm blog tuan tanah ni.. mungkin di sebabkan kesibukkan yg amat sgt disamping cuba untuk menyelesaikan masalah diri sendiri. saya juga manusia yang tak dapat lari dari masalah..cuma nasihat saya kepada semua pembaca andai bila kita di rundung petaka dlm hidup, jgn lupa bahawa apa yg kita perolehi ini cuma sekelumit daripada dugaan yg maha esa. Mohon dari Nya kedamaian ketenangan dlm menempuh dugaan Nya. Sebagai insan biasa kita sering lupa untuk memohon, Dia pasti mendengar..

Atas permintaan tuan tanah saya sekali lagi diminta untuk memberi pandangan terhadap apa yg di alami oleh sahabat baiknya sekrg rasanya pembaca blog ini sedia maklum akan permasalahannya.. LTR-long term relationship. Sejujurnya saya pernah mengalaminya dan hanya tuhan yg maha mengetahui betapa siksanya untuk kita mempercayai pasangan kita.

Dalam kes abg syg ni .. boss tmpt dia berkerja skrg syg kat dia sebagai majikan, dan apa juga keputusan dibuat oleh boss tu sering mengambil kira keselesaan abg syg tu terlebih dahulu.. abg syg ni pula sanggup travel beribu batu balik ke malaysia untuk memastikan hubungannya gan adik syg segar bugar kalu mendengar adik syg pasang spare tayar 2-3 org.

payah kes ni…tapi ini nasihat saya bagi abg abg yg sedang mengalami masalah cinta… abg abg kenalah beringat bahawa dalam kehidupan PLU ni takder yg hakiki. Mana mungkin ugama kita, budaya kita dan keluarga kita akan merestui hubungan sejenis. Cuma Kita sebagai abg abg yg harus bijak mengawal, menyelia dan seterusnya menentukan perjalanan hidup kita. kerana dalam melewati 30an ni sebenarnya kita berada di atas “jabatan sehala” yang mana kita harus menentukan haluan hidupan kita seterusnya.

  • Kalau kita terfikir untuk berkhawin maka persediakan diri untuk berkhawin fizikal dan mental.. kena berusaha untuk mengurangkan aktiviti PLU ni sekrg sebab bila sampainya masanya, kita akan bersedia reda melangkah gerbang perkhawinan. Sewajarnyala kita harus menjaga perkhawinan itu serapi mungkin bukan sekadar menjadikan perkhawinan sebagai satu hiasan diri untuk menutup kelemahan kita apatah lagi sekadar menganggapnya sebagai satu percaturan (trial).
  • Bagi yg yakin bahawa mereka akan bersendirian, maka bersedialah untuk melayari hidup ini dengan tabah. kerana cemuhan dan hinaan akan dtg meruntun emosi. Kehidupan sendiri ini tidak digalakan namun sekiranya ia terpaksa kita lalui jua, biarla kita hidup berdikari tanpa dan menagih simpati dari sesiapa pun. Perlengkapkan la diri kita dari segi aspek:
  • ekonomi diri yg stabil tak kira la kerjaya atau perniagaan untuk memastikan kita tidak menyusahkan dan hidup meminta minta dr sesiapa. Pentingkan dulu diri dan keluarga kita dahulu barulah org lain sekiranya kita mampu.
  • Aset sebagai persediaan kita hidup sendirian kelak contohnya rumah, kereta apa juga agar kehidupan kan tak merempat.
  • Akhir sekali keluarga kita. percayala tiada seburuk mana pun kita insyallah keluarga kita juga la org terakhir tmpat kita mengadu dan menumpang kasih secara hakiki. jangan bermusuh denagn mereka.

Kepada abg abg dalam menjangkau 30an tanya diri kita sejauh mana kita mencapai kestabilan ini, kalau kita sudah memiliki sekurang kurangnya 50-60% dari apa yg kita perlukan dalam menempuh kehidupan yg kita pilih, maka kita berada di landasan yg betul. ini bukan masanya untuk kita memilih adik atau couple terencem malah worse couple yg “best” di ranjang.. klau itula yg kita pilih percayala bila kita terlewat agar sukar untuk kita memulakan kehidupan yg berdikari.. Renung renungkan la wahai abg abag sekadar nasihat.

Tak perlula kita menyusahkan diri memikir masalah adik adik ni..mereka muda belia mereka mahukan kebebasan untuk mencari kemanisan hidup. abg abg pernah menjadi adik adikkan..cuma bedanya zaman cyber ni kita mempunyai kuasa untuk memilih calon pasangan yg lebih ideal, tidak seperti zaman mak bapak kita, yg terpaksa akur gan apa yg ada di depan mata. Abg abg kenala akur zaman ini memihak kepada adik adik sebab mereka muda belia berbanding kita..Kuasa memilih mereka lebih berbanding abg abg.

Cuma pesan saya adik adik zaman cyber ni sepatunya jgn terlalu alpa dengan keajibban dunia cyber dan kerterbukaan dunia moden kerana ketaksuban akan menjadikan adik adik alpa dan lupa bahawa waktu berlalu terlalu pantas tanpa sedar adik adik akan mengisi kekosongan tempat bekas abg abg sekarang.Pada adik adik yg berfirkiran matang yg berusaha mencari abg abg yg boleh membimbing mereka dalam membina kehidup, syabas saya ucapkan. Hubungan abg adik seharus dibentuk atas dasar saling membina “Dual direction”. Jgn sekali kali adik adik memikirkan hubungan abg adik ini hanya pada material dan sex semata. Tapi tahubungan nggung jawab sebagai insan harus di laksanakan juga. Makmurkan hubungan ini dan jadikan ianya satu kehidupan positif apatah lagi bila “cinta sudah tiada” kelak..

Saya rasa cukupla buat kai ni dahulu. sekali lagi maaf di pohon seandainya hasil tulisan ini menyinggung perasaan sesiapa pun tiada niat melukakan hati sekadar berkongsi pandangan. terkasar bahasa harap di maafkan.

terima kasih tuan tanah.

salam ibnu saba.

11 responses

26 03 2008
Update Info - 27 March 2008 « Colors of Life - Typical Life of PLU

[…] Titian hidup ini…Nasihat buat abg abg […]

1 05 2008
murhalim

…. pengalaman mematangkan diri. TQ ibnu saba.

20 06 2008
Louie

Hai there..Thx coz sudi LAWAT blog louie..have nice weekend ya..

9 07 2008
zamree30

aku setuju kerana perhubungan PLU tidak ada yg hakiki. so jangan terlalu mengharap kepada satu perhubungan yang berpanjangan. berfikirla dgn otak di kepala supaya setiap tindakan akan melunaskan kesan baik yang abadi. bertindaklah dengan kewarasan yang bertunjangkan paksi ilmu di alam nyata supaya hidup sentiasa diterangi suluh pelita yang sejati.
wassalam

21 07 2008
zam

betul apa yang dikatakan… bersedia sebelum terlambat

23 01 2009
lelaki

Saya terpanggil untuk berkongsi kisah saya selepas pertama kali membaca blog yang menarik ini.

Saya berusia petengahan 30 an dan mempunyai kekasih yang sebelas tahun lebih tua dari saya. Kami telah bersama sehingga 10 tahun. Menjalani kehidupan yang stabil dan sebagai seorang Islam, kami sama-sama merancang bagaimana untuk berubah dan seterusnya menjadi sahabat sejati dunia dan akhirat. Saya rasakan dialah cinta sejati saya or my soul mate dan amat bertuah kerana mendapat kekasih yang setia dan jujur. Walaupun ada pasang surutnya, bermati-matian saya pertahankan bahawa ada cinta PLU yang sejati.

Akhirnya saya terpaksa terima hakikat bahawa tiada cinta hakiki dalam PLU. Selama 10 tahun saya ditipu hidup-hidup dengan lakonan dia yang cemerlang. Kesetiaan saya yang tidak berbelah bagi bagaikan tidak dihargai. Rupa-rupanya beliau selalu curang dibelakang saya. Apabila satu persatu rahsia terbongkar, hati menjadi luluh dan hanya Tuhan yang tahu segala keperitan yang dialami.

Perasaan sayang terus bertukar menjadi benci. Sejak itu saya tidak lagi mempercayai cinta PLU.

Mujur saya mempunyai keluarga yang amat menyayangi saya dan kerjaya yang stabil serta taraf hidup yang amat selesa.

Kesimpulannya, usahlah mengharap cinta sejati di dalam dunia PLU ni. Jika ditakdirkan berjumpa jangan diberi 100% dan perlu sentiasa bersedia bahawa satu hari nanti ianya akan berakhir.

Sayangi diri kita dan jadikan diri kita cemerlang dalam apa jua yang kita lakukan. Cintailah diri kita sendiri kerana itu lebih hakiki dan akan membuatkan diri kita bahagia.

Bagaimana menyintai diri sendiri?

1. Hargai kehidupan kita dan enjoy setiap saat yang kita lalui. Bersyukur pada apa yang berada di depan mata kita dan di sekitar kita. Keluarga, kerjaya dan juga harta benda. Jangan terlalu fikirkan masa depan dan kisah lalu. Live for the moments.

2. Berkerja keras untuk kejayaan diri sendiri. Sentiasa tingkatkan ilmu di dada dan berusaha menjadi lebih baik, lebih matang dan waras dari semalam tetapi jangan memberi tekanan kepada diri kita.

3. Hargai diri kita. Beli hadiah untuk diri kita sendiri samada semasa hari lahir kita ataupun sebagai merayakan setiap kejayaan yang kita capai walaupun kecil. Rayakan setiap saat penting dalam hidup kita. Tidak perlu tunggu dan bertangguh.

4. Buat sesuatu yang kita suka untuk manjakan diri seperti pergi ke spa, berkaraoke, menonton wayang dan sebagainya.

5. Banyakkan membaca dan berkenalan dengan kawan baru. Sesungguhnya buku dan pergaulan yang luas boleh membuka minda dan boleh membahagiakan kita tetapi perlu berhati-hati dengan bahan bacaan yang dipilih dan juga siapa kawan kita.

6. Peruntukkan budget untuk pergi melancong. Melihat dunia luar dan belajar dari setiap pengalaman semasa di tempat orang.

7. Aktif dalam setiap kegiatan amal yang kita suka. Apa saja yang boleh berikan balik kepada masyarakat.

8. Bersenam, jaga pemakanan dan menjadi seorang yang sihat kerana tanpa tubuh badan yang sihat kita tidak dapat hidup dengan selesa. Orang yang tidak menjaga kesihatannya ialah orang yang tidak mencintai dirinya sendiri.

9. Ceriakan orang-orang disekitar kita yang baik terhadap diri kita. Senyum selalu. Bergurau seadanya dan buatkan orang lain gembira dan bantulah kawan-kawan yang perlukan pertolongan tanpa mengharapkan balasan.

10. Jangan mencari cinta. Jangan mengejar cinta dan jangan mudah jatuh cinta. Tiada istilah cinta pandang pertama kerana ianya adalah nafsu semata-mata dan jangan percaya kata-kata manis dalam cinta PLU ini. Cinta memerlukan masa. Anggaplah ianya sebagai satu bonus jika kita berjaya menemui cinta sejati walaupun saya sendiri tidak yakin ada cinta sejati dalam dunia PLU.

11. Jangan takut mencuba benda-benda baru asalkan tidak merosakkan diri dan akhlak. Keluar dari kepompong yang boleh membelenggu kejayaan hidup kita. Kita sendiri tidak akan menduga akan kemampuan diri sendiri.

Banyak lagi yang boleh kita lakukan untuk menyintai diri sendiri demi mencapai kebahagiaan yang hakiki terutama sekali kembali kepada Yang Maha Esa. Namun saya bukanlah org yang terbaik untuk bercakap hal agama.

Maaf, panjang pulak komen saya tetapi sekadar berkongsi pendapat kerana saya amat tertarik dengan isi kandungan blog ini. Teruskan usaha murni anda untuk terus membimbing golongan PLU kerana terlalu ramai di luar sana yang tidak mengerti apa yang kita alami dan hanya pandai menghukum tanpa menghulurkan tangan membantu kita menghadapi dugaan yang maha hebat ini.

Salam.

10 02 2009
confiusguy

saya hargai komen anda amat saya hargai, ia 200% benar…..maaf lambat approved sebab saya kehilangan password…

cinta PLU mmg tidak akan kekal sebab kita masih ada batasan agama dan percaya pada kekuasaan Allah.

17 09 2009
adam

i sokong u.

13 03 2009
pokazhimnelyubov

kalu korang sume nampak matlamat hidup,and dah jelas,,,so better if diadakan satu ikatan yang mana kite sume leh saling advice each other..cam satu underground unity….
kehidupan yang mencari seks ni terlalu memualkan…but bile aku masuk sini…somthing yang aku dapat….(mutiara dlm kehidupan PLU)….
thanksgod……tuka la nama PLU…PLU da sinonim ngn yang negative…

3 04 2009
confuseguy

Pokazhimnelyubov:

maaf aku rasa perkataan PLU dalam tajuk blog di atas tidak wajar ditukar sebab tak semua PLU negative dan juga aku rasa we have to be ourself, PLU mmg utk kaum seperti ini, bak kata pepatah dalam setandan pisang ada juga beberapa biji yang elok tak semuanya busuk.

21 06 2009
hairul

Skrg aku berumur 38 thn dan dia berumur 47 thn. Pd awalnya kami berhubungan.. cuma secara luaran shj.. ( melancap ) kerana tidak pernah dan tidak suka main belakang.

Skra aku dah anggap dia mcm abang aku sendiri da dia anggap aku mcm adik dia. Perasaan kasih sayang di antara aku dan dia masih tetap utuh dan macam biasa.. seolah2 masih baru berjumpa. Sudah 7 tahun kami bersahabat.

Kami tidak lagi mencemari perhubungan ini dgn aktiviti2 melancap mcm dahulu, kerana kami dah angga mcm satu keluarga. Abang dan adik..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: