Mengamalkan Seks Selamat

Perlukah Kita Mengamalkan Seks Yang Selamat?

Ya! Jauhilah AIDS dengan SEKS YANG SELAMAT. Sesiapa pun boleh dijangkiti HIV, tidak kira lelaki atau wanita, heteroseks, homoseks atau dwiseks. Anda tidak tahu siapa telah dijangkiti virus HIV. Oleh yang demikian, pastikan anda mengamalkan seks yang selamat setiap kali.

SEKS YANG SELAMAT ialah seks tanpa pemindahan air mani, cecair faraj atau darah di antara anda dengan pasangan anda. HIV tidak dapat menembusi kulit yang sihat dan tidak berluka. Jumlah virus HIV di dalam air liur tidak mencukupi untuk menyebabkan jangkitan. Setakat ini, tiada sesiapa yang pernah dijangkiti HIV melalui ciuman.

PERSETUBUHAN Cara utama HIV berjangkit adalah melalui persetubuhan tanpa perlingdungan. Air mani, darah and cecair faraj seseorang yang dijangkiti HIV mengandungi banyak virus tersebut. Semasa persetubuhan, virus HIV senang menembusi tisu-tisu sensitif di dalam zakar, faraj atau dubur. Risiko jangkitan masih wujud walaupun zakar ditarik keluar sebelum pancutan air mani. Jadi jangan melakukan persetubuhan tanpa mengunakan kondom serta pelincir walaupun ia berlangsung seketika sahaja.

SEKS MELALUI MULUT (ORAL SEKS) Jangkitan HIV mungkin berlaku jika air mani yang mengandungi virus tersebut terkena pada bahagian dalam mulut tetapi risiko ini rendah. Risiko jangkitan HIV adalah lebih tinggi jika mulut anda bersawan atau berdarah. Menghisap zakar adalah selamat asalkan air mani tidak terpancut ke dalam mulut. Gunakanlah kondom supaya air mani tidak terkena pada mulut. Menjilat dan mencium bahagian kemaluan wanita adalah selamat asalkan ia tidak berkudis serta tiada luka atau tengah datang haid.

 

Bagaimana Anda Boleh Berbincang Mengenai Seks Yang Selamat?

Bincang tentang SEKS YANG SELAMAT dengan pasangan anda. Ini adalah penting. Pada mulanya, anda mungkin rasa segan atau susah hendak membangkitkan perkara ini. Anda perlu jujur dan berterus-terang dengan pasangan anda supaya dia memahami dan menghormati kehendak dan batasan anda.

Sediakan kondom. Adalah OK untuk merancang dan membuat persediaan untuk perhubungan seks.

Walaupun anda sudah tahu cara-cara seks yang selamat, ini tidak bermakna anda tidak akan tergoda dengan seks yang tidak selamat. Anda mungkin melakukan seks yang tidak selamat jika anda menghadapi kesukaran memakai kondom, mabuk, khayal atau terlalu ghairah. Mungkin anda tengah bercinta ataupun merasa sedih dan kesunyian. Dalam keadaan tersebut, pastikan anda mengamalkan seks yang selamat juga.

Sekiranya anda melakukan seks yang TIDAK selamat, tanya diri mengapa demikian. Belajarlah daripada kejadian itu supaya ia tidak berulang lagi. Sediakan diri untuk manghadapi situasi sedemikian.

SEKS YANG SELAMAT melindungi anda. Amalkan perhubungan seks yang sihat, kreatif and selamat.

 

Bagaimana Menggunakan Kondom?

 

  1. Gunakan kondom yang bermutu baik.
  2. Jika anda tidak biasa mengunakan kondom, berlatihlah. Cubalah sendiri atau dengan pasangan anda.
  3. Gunakan pelincir yang berasaskan air seperti KY. Jangan guna pelincir yang berasaskan minyak seperti vaselin atau krim muka. Minyak boleh merosakkan kondom.
  4. Bubuh sedikit pelincir ke dalam puting kondom untuk meningkatkan sensiviti.
  5. Picit puting kondom supaya tiada udara di dalamnya dan pasangkan pada zakar yang tegang. Masukkan gulungan kondom itu sehingga pangkal zakar
  6. Sapukan lebih lagi KY pada bahagian luar kondom yang dipasangkan itu.
  7. Selepas memancut, peganglah pangkal kondom dan tarik keluar zakar semasa ia masih tegang. Tanggalkan kondom itu dengan cermat
  8. Ada berbagai jenis kondom yang anda boleh cuba, pilihlah yang baik dan bersesuaian dengan anda.

 

 

2 responses

18 12 2008
mb

Elakkan berzina & elakkan dadah.

10 02 2009
confiusguy

insyallah kami tahu, tak semua kami diminta jadi begini dan bukan kami tidak berusaha utk berubah, hanya Allah sahaja yang mengetahui

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: