About Me – Confuse Guy

22 02 2008

Well thanks to you guys spend times to read my blog, and actually this is my third blog account. The first one is company blog, second is my discreet blog and third is the other side of me (Dark Side….Huhuhhahahaha)

Alright, let me explain to you that I will write in

  1. English
  2. Bahasa,
  3. Mix and sometimes
  4. Broken English (Typical Malay English)

so that will show you the real me and Malaysian.

I was born in the year 1980 month of July and enuf If I told you that my zodiac was LEO, some of my cyber friends call me Leo including my close friend Alex. My first appearance was made at Hospital Besar Batu Pahat, Johor and grow up somewhere at bandar Segamat Johor.

That time my parent just renting the house right behind the Bus Station and very closed to the Hospital Segamat. After that we move and my dad was transfered to few places until now we stay somewhere Melaka (biarlah rahsia kwang kwang)

Aku memasuki alam persekolahan di sebuah sekolah berasrama di Melaka dan that was my first experience meminati lelaki, cz too many senior wanted me to be their adik angkat, then terus terangkat jadi so special.

Namun aku tidak lama tinggal di asrama hanya untuk 4 tahun dari form 1 hingga form 5 kecuali form 4, aku berhasrat untuk menetap diluar dan berulang alik dari rumah. Ini semua gara-gara aku dituduh sabagai reporter untuk satu kes liwat yang berlaku di asrama ketika itu. Oleh yang demikian aku terpinggir dari rakan-rakan dan hidup bersendirian tanpa rakan-rakan, malah ada juga rakan yang dengki pada aku, walhal bukan aku yang melaporkan kejadian tersebut, hal ini sebenarnya dilaporkan oleh seorang pelajar kelas agama iaitu Rostam Omar bertahi lalat di muka kiri dan gigi sedikit jongang. Mana aku tahu hal ini, well warden asrama yang bagi tahu aku sebab aku penolong penghulu asrama ketika itu.

Selepas menamatkan zaman persekolahan menengah aku di situ dengan cemerlangnya mala aku ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di sebual IPTA di Shah Alam di Faculty of Architecture and Survey. Kursus yang bukan pilihan aku pada mulanya kini menjadi kursus kegemaran aku dan aku berjaya menamatkan pengajian dengan agak cemerlang, beberapa semester aku dinobatkan dengan Anugerah Dekan cuma aku hampa gagal mendapat kelayakkan Anugerah Pengarah dan memakai selempang ketika konvokesyen. Untuk pengetahuan anda semua ketika aku di IPTA inilah aku ditemukan dengan seseorang yang tersangat istimewa dan seseorang yang menjadi tulang belakang aku selama di IPTA, sehingga kini walaupun sudah tiada apa-apa hubungan tapi kami masih berhubung dan bantu-membantu. Setelah aku berjaya mendapatkan dan berbekalkan segulung Diploma dan Ijazah aku mencari kerja di merata tempat.

Aku berjaya mendapatkan kerja di sebuah syarikat engineering di Batu Caves dan aku bertahan selama setahun disebabkan aku mendapat rezeki yang lebih baik. Selepas itu aku bekerja dengan sebuah syarikat yang agak besar berpangkalan di Johor tetapi perniagaan dijalankan secara meluas di Selangor dan Kuala Lumpur, aku ditempatkan di cawangan Bukit Damansara namun aku tidak bertahan lama disitu hanya hampir 2 tahun, aku terpaksa berhenti kerana ketidak tentuan keadaan kami staff-staff disitu akibat dari merging process between 2 company dan kami rata-rata tidak puas hati dengan penadbiran Human Resources mereka.

Selapas dari ini aku berhenti dan membuka perniagaan sendiri khusus dalam bidang Specialist Engineering Works yang kini telah berdiri hampir setahun dan masih banyak yang perlu aku pelajari untuk memajukan perniagaan ini.