Mengapa PLU wujud dalam diri anda

26 02 2008

Pernah ke tidak korang terfikir bagaimana korang boleh menjadi PLU atau men’declare‘kan status PLU pada diri kamu. Aku sering terfikir terutamanya di sebelah malam ketika aku di atas katil sebelum tidur. Mengapa dan bagaimana ia terjadi dalam diri aku:

Ketika kecil:

  1. aku adalah anak sulung lelaki yang lain semuanya perempuan jadi kira aku closed to mum
  2. ketika aku kecil-kecil tidak punya ramai kawan dan selalunya aku spent time ngan mum
  3. bila aku dah bersekolah tadika kawan pertama aku adalah perempuan dan dia ajak aku main masak-masak
  4. selepas dari itu aku punyai ramai kawan perempuan di tadika
  5. di tadika aku merupakan pelajar contoh, paling kemas, bersih dan hasil kerja tangan aku cantik
  6. aku sering dimarahi oleh bapa aku walau pun hal kecil, sampai dia pernah baling buah-buah kelapa kat badan aku dan juga sembur ridsect kat muka aku (pening pala ala-ala nyamuk)
  7. bila bapa mengamuk my mum plak jadi peguam bela aku ahakssss
  8. aku jarang rapat ngan bapa aku pasal dia sibuk mencari duit dan selalu marah-marah
  9. ketika aku disekolah rendah aku terikut-ikut dengan gaya Imuda lakonan dalam sitcom 2+1, antara dialog dia yang terkenal adalah “This is my card” sambil lengok berdiri patah menghulurkan kad.
  10. my dad pernah ugut aku nak hantar ke hospital sakit jiwa untuk memperbetulkan sikap aku yang meniru cara Imuda (sekarang aku keras ocayyyy)
  11. ketika di sekolah rendah aku menjawat jawatan yang penting seperti ketua kelas dan juga ketua pengawas sekolah.
  12. aku diberikan beberapa jawatan sampingan seperti presiden kelab bahasa melayu dan bendahari persatuan bulan sabit merah (tak mo masuk pengakap sebab ala-ala tentera)
  13. aku pernah kene sexual harrestment dengan rakan-rakan sekelas aku dalam kelas lagi, plus lepas tu leh plak cikgu English aku joint sekali dok borak-borak
  14. bila ada majlis perkahwinan sedara mara aku akan diminta mengubah bunga telur atau pun susunan kertas tisu untuk hiasan replika nenas
  15. atau pun aku jadi tukang photographer orang kawin suruh pengantin posing sana sini
  16. aku suka tengok orang make up kan pengantin wakakakkaka (belajar katanya)
  17. bila mak bapa sibuk menolong orang ramai dan aku tak de tugasan, maka aku tukang jaga adik perempuan aku, dokong sana sini.
  18. aku adalah antara cucu kesayangan arwah datuk ku
  19. aku juga dulu digelar ratu air mata oleh mak sendiri pasal kuat nangis

Disekolah menengah :

  1. aku dilantik menjadi pengerusi kelab koperasi dan merangkap antara audit koperasi sekolah
  2. aku dilantik menjadi naib presiden sidang redaksi majalah sekolah
  3. aku dilantik menjadi penghulu asrama
  4. aku dilantik menjadi ketua program adik angkat asrama
  5. aku dilantik menjadi fasilitator minggu suai kenal di sekolah selama 2 kali (seswai gt kan ahaksss)
  6. aku direbut oleh ramai abang-abang senior untuk jadikan aku sebagai adik angkat mereka, pernah dalam setahun tu aku ada 6 orang abang angkat yang masing-masing terangkat.
  7. aku punyai adik angkat gak ketika aku di form 3, fuhh jambu mix blood omputih ngan melayu
  8. aku punyai GF tapi frust putus di tengah jalan
  9. kawan-kawan yang rapat dengan aku adalah yang lembut-lembut
  10. aku sering berpakaian kemas sepanjang masa
  11. aku rajin mencuci baju termasuk baju abang-abang (bila pikir balik hampehh)
  12. aku sering tidur berdua selepas jam 12 ngan abang-abang ahakssss
  13. hari sabtu ahad adalah hari di tunggu kerana hari tu la boleh romen-romen pasal takde aktiviti
  14. aku tidak aktif bersukan di padang sebab takut injured nanti aku tak cantik lagi ahakssss (actually aku pernah injured masa main hocky terus phobia nak main apa pun) yang aku suka cycling
  15. masa aku form 3 – 5 aku tak punya kawan pasal aku dituduh jadi reporter yang poyo pada warden asrama berkenaan kes liwat pelajar so sumer budak pulaukan aku….padahal yang report tu budak alim kelas agama..kejissss
  16. aku orang yang paling rapat dengan warden asrama hingga dapat keluar jalan-jalan malam-malam dengan kereta dia dan juga dapat makan special semeja
  17. kadang-kadang aku siap leh tidor kat rumah waren lagi tu
  18. aku seorang anak yang baik bila time balik kampung / asrama tutup aku akan tunggu parent datang amik tak berani nak merayau keluar asrama, kalu mum cakap tunggu aku tunggu la sampai esok kat situ
  19. aku seorang yang begitu pantual ketika di sekolah dan bila aku jadi penghulu asrama aku susah nak marah orang

Di IPTA

  1. dalam fakulti, aku dikira agak diketahui umum juga pasal sumbangan dan gila kuasa aku sehingga aku pernah dicalonkan untuk menjadi Ahli Majlis Perwakilan Pelajar di mana aku terpaksa berkempen dan berpolitik, namun aku reject sekeras-kerasnya pencalonan aku tu sehingga aku naik ke Hal Ehwal Pelajar membangkang, gila apa nanti dan nama naik menjulang time tu la macam-macam gosip kuar, malu woooo
  2. dalam department plak aku di lantik menjadi presiden event managemet team dan tugas aku handle segala event dalam fakulti dan juga IPTA jika diminta, disebabkan aku ni kan spesis lelaki PLU so kreativiti aku itu digunakan untuk event-event seperti majlis makan malam fakulti, department, peringkat universiti, sukan antara fakulti, sukan antara universiti dan juga majlis-majlis berprestij lain, selain itu juga aku jadi penyelia untuk acara-acara persembahan termasuklah tari menari….aiyohhh boleh ker
  3. aku pernah di kaitkan dengan skandal bersama lecturer lelaki pasal aku terlalu rapat dengan dia, lepas kelas lepak bilik lecturer ni, malam-malam kuar minum makan ngan lecturer ni, dah la dia tu dah 30++ tak kawin-kawin dressing plak ala-ala lelaki metroseksual, walhal dia tu supervisor thesis aku dan juga penasihat event management team
  4. dalam kelas aku merupakan pelajar contoh untuk assignment, tutorial, nota kuliah dan juga presentation, ini kerana asal cukup time nak dekat final exam ramai classmate nak photostat nota kuliah aku, assignment aku jadi rujukan untuk final exam dan juga tutorial aku jadi jawapan skema classmate, bila dapat balik kat tangan aku segalanya dah lunyai (hancur)
  5. pernah lecturer panggil aku bertanya “saya tahu kenapa tutorial paper awak ni kertas dia nampak buruk, nak hancur dan agak messy, pasal kawan-kawan awak pinjam kan?” well what to answer dia dah tahu…..so apa lagi class tutorial again, submission on the dot…
  6. kalu buat assignment grouping ramai yang satu group ngan aku, selalu sampai bergaduh sesama sendiri sampai lecturer pun dah tahu and gelak tengok gelagat dia orang, ini sebab bila buat assignment aku ni agak poyosss, info cari melampau-lampau, kalu ada involve multimedia and IT lagi la hyper poyos bila buat presentation, unbeatable sampai lecturer pun tak tau nak tanya apa, tu la PLU kalu buat kerja darja kreativiti tinggi
  7. di kolej aku aktif dengan aktiviti kolej seperti majlis suai kenal pelajar lama – baru dan lelain, aku pernah joint fasilitator minggu suai kenal kolej, namun tujuan utama aku hanyalah satu, melakukan kerja-kerja menapis hehehehehe
  8. cuti semester sangggup aku pendekkan seminggu untuk balik ke kolej, offer diri konon untuk bantu pejabat kolej buat sesi pendaftaran pelajar lama dan baru, wl hal membuat tapisan kali kedua….shortlisted katanya..

Semua perkara-perkara diatas ada kaitannya bagaimana aku menjadi seorang PLU dan aku pasti korang pun ada juga yang begitu malah lebih lagi.